MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan Hidden disqualified daripada PMGC 2021

Kongsi
Pasukan Hidden disqualified daripada PMGC 2021

CEO The Battle Ground Mobile Krafton Chang-Han Kim telah menganjurkan perlawanan PUBG Mobile Rivals Cup antara Korea dan Jepun, baru-baru ini.

Kejohanan ini akan diadakan selama dua hari dari 13-14 November. 16 pasukan profesional daripada Korea dan Jepun akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Bagi pasukan yang menjadi juara akan mendapat tempat di PMGC 2021 (Pubg Mobile Global Championship), yang merupakan kejohanan tahap tertinggi di dalam Pubg Mobile. Sebanyak 40 pasukan daripada seluruh dunia yang akan bersaing untuk mendapat title dan hadiah wang tunai sebanyak $6 Juta USD.

Walau bagaimanapun, pasukan Hidden merupakan juara PMPS musim ke 2 tidak akan bermain di kejohanan PMGC selepas pihak Krafton telah menyingkirkan pasukan itu daripada ikut bertanding di kejohanan PMGC 2021. Mereka yang telah melayakkan diri daripada saingan Pubg Mobile Pro Series musim ke 2 sepatutnya akan bermain di PMGC 2021. 

Bukan itu sahaja, wang hadiah yang telah dibagikan kepada pasukan Hidden juga telah ditarik oleh pihak Krafton. Khabar angin mengatakan bahawa pasukan mereka tidak mendapat sambutan untuk bermain di PMGC 2021 dan ada juga mengatakan bahawa pasukan mereka bermain secara kotor semasa PMPS berlangsung. Pihak Krafton juga tidak menjelaskan sebab dan alasan mereka melakukan sedemikian terhadap pasukan UnderDog ini.

Sumber : Liquipedia

Pasukan yang mengambil alih untuk bertanding di kejohanan PMGC 2021 yang akan datang nanti adalah pasukan Warriors Esport dan mereka juga merupakan salah satu pasukan terbaik dari Korea setelah mendapat tempat ke 2 semasa PMPS musim ke 2 sebelum ini.

Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan mata kejohanan global, dan akan ada 5 perlawanan sehari, sejumlah 10 perlawanan selama dua hari. Peta diteruskan dalam susunan Erangel – Miramar – Sanok – Miramar – Erangel.

Perlawanan PMRC Korea-Jepun akan disiarkan melalui saluran rasmi YouTube Mudah Alih PUBG, Facebook, Twitch, TikTok dan Naver mulai jam 12 tengah hari pada 13hb dan 14hb. Pasukan-pasukan yang akan ikut bertanding adalah :

Korea

  • Team Square
  • DS Gaming
  • Score
  • NTIS
  • PTWKorea
  • W Jackpot
  • RedPepper
  • ASA KOREA

Japan

  • SCARZ
  • Sengoku Gaming
  • BC SWELL
  • Unite
  • Lag Gaming
  • ZETA Division
  • FOR7
  • Donuts USG

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *