MEMUAT

Taip untuk mencari

Boom Esport muncul juara Dota 2 BTS Pro Series musim ke 9

Kongsi
Boom Esport muncul juara Dota 2 BTS Pro Series musim ke 9

Pasukan Boom Esport muncul juara BTS Pro Series musim ke 9 selepas mereka menewaskan pasukan daripa Filipina Polaris Esports dalam pertandingan BO5 di Grand Final BTS Pro Series : Southeast Asia.

Pasukan Boom Esport sebelum ini menjuarai BTS Pro Series musim ke 8 dan ini merupakan back to back Champion untuk mereka. Boom Esport membawa pulang wang tunai sebanyak $24,000 USD.

Pasukan ini diwakili oleh 3 pemain Filipina Yopaj, Tims, Skem, 2 pemain daripada Indonesia iaitu Hyde dan FBZ. Manakala jurulatih mereka selaku pemain pos 1 gantian adalah Mushi yang merupakan pemain legend Dota 2.

Pasukan Boom Esport secara mudahnya telah mengalah pasukan Polaris Esport 3-0 di perlawanan penentuan juara BTS Pro Series musim ke 9. Boom Esport telah mendominasi pusingan pertama dengan mata 24-13 dan menamatkan permainan di minit ke 27.

Credit to : Dota Buff

Pada pusingan ke 2 kedua-dua pasukan ini menghadapi sedikit kesukaran apabila permainan berlanjut selama 1 jam selepas pasukan Polaris Esport berjaya untuk menahan pasukan Boom Esport untuk menawan base mereka. Pusingan ke 2 dimenangi oleh pasukan Boom Esport dengan mata 64 – 42. 

Pada pusingan ke 3 telah dihabiskan oleh pasukan Boom dalam 37 minits dengan mata 37-23, membuatkan pasukan itu muncul juara buat ke 2 kalinya. Walau bagaimanapun, Mushi bermain ke tiga tiga match di Grand Final selepas mengganti Hyde yang tidak dapat bermain. 

Tahniah buat pasukan Boom Esport telah berjaya mendapat title Juara BTS Pro Series Championship secara beruntun. Mungkin selepas ini pasukan Boom Esport akan memberi perhatian lebih untuk melepasi Major dan DPC yang akan datang. Momentum yang telah diperolehi ini, mungkin mampu untuk membawa pasukan ini menjadi juara Antarabangsa.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya