Indonesia Esports Premier League merupakan organisasi e-sukan profesional yang banyak menganjurkan kejohanan terbuka di Indonesia.
Piala Presiden Esports telah pun diselenggarakan selama 2 tahun berturut. Dan kini, acara itu kembali lagi pada tahun ini dengan menampilkan sebanyak tujuh permainan.
Kejohanan ini menawarkan hadiah kumpulan sebanyak 2 Miliar (kira-kira RM 585,362).
Antara permainan yang bakal diadakan menerusi Piala Presiden Esports 2021 adalah Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, Free Fire, Speed Chess MPL, eFootball PES 2021, Lokapala dan Battle of Satria Dewa.
Kualifikasi bagi Free Fire, Mobile Legends dan PUBG Mobile akan dibahagikan kepada 6 Wilayah:
Manakala kualifikasi bagi Lokapala dan eFootball PES 2021 akan dibahagikan kepada 2 Wilayah:
Tujuan Piala Presiden Esports 2021
Umum mengetahui bahawa Indonesia merupakan antara negara Asia Tenggara yang mahir dan berkebolehan tinggi dalam bidang e-sukan terutamanya Mobile Legends: Bang Bang.
Indonesia juga mencatatakan tontotan tertinggi Mobile Legends: Bang Bang ketika MPL ID S8 dan MPLI 2021 berlangsung.
Piala Presiden Esports 2021 merupakan kejohanan yang diadakan bagi menyokong dan meningkatkan lagi ekosistem serta industri e-sukan di Indonesia sendiri.
Selain daripada memberi peluang kepada pasukan-pasukan profesional e-sukan yang sedia ada, kejohanan ini juga membuka peluang buat pasukan-pasukan lain yang berbakat namun memiliki platform yang terhad untuk menunjukkan bakat mereka.
Piala Presiden Esports 2021: Mobile Legends: Bang Bang.
Tidak lengkap Piala Presiden Esports 2021 tanpa permainan MOBA terkenal di Indonesia iaitu Mobile Legends: Bang Bang.
Bagi Mobile Legends, akan ada 2 Jenis kualifikasi iaitu kualifikasi terbuka dan kualifikasi tertutup.
Kualifikasi terbuka akan melibatkan pasukan-pasukan amatur dari 6 wilayah. Manakala, kualifikasi tertutup akan membawa 8 pasukan profesional Mobile Legends untuk menempatkan mereka di group stage.
8 pasukan profesional Mobile Legends yang akan bertanding di kualifikasi tertutup adalah RRQ Hoshi, Bigetron Alpha, Rebellion Genflix, ONIC Esports, AURA Fire, Alter Ego, Geek Fam ID dan EVOS Legends.
8 pasukan ini akan berentap di perlawanan BO3 & BO5 pada 19 November ini bagi mencari 3 pasukan terbaik yang akan mara ke main event iaitu group stage.
Sebelum ini, ONIC Esport merupakan juara bertahan Piala Presiden selama 2 tahun berturut-turut. Mereka juga merupakan pasukan yang baru sahaja menjuarai MPL ID S8 dan MPLI 2021.
Dapatkah ONIC Esports menjuarai Piala Presiden Esports pada kali ini menentang pasukan-pasukan Mobile Legends profesional dan amatur yang lain?
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!