MEMUAT

Taip untuk mencari

Navi Juara dan 5 pasukan Turki lolos ke PMGC

Kongsi
Navi Juara dan 5 pasukan Turki lolos ke PMGC

PMPL EUROPE S1 telah melabuhkan tirainya, 9 pasukan telah berjaya melayakkan diri untuk memasuki kejohanan PMGC 2021 West dan 5 pasukan daripada kelayakkan PMPL Turki, ke lima-limanya berjaya untuk mendapatkan tempat di kejohanan PMGC itu nanti.

Credit to : Liquipedia

Pasukan-pasukan yang melepasi kelayakkan PMPL Turki musim ke 2 adalah pasukan SuperMassive Blaze, World Of Wonders, Futbolist, 1907 Fenerbahce Esports dan S2G Esports. Pasukan SuperMassive Blaze adalah pasukan yang menjadi juara di PMPL Turki musim ke 2 itu, dan pemain mereka Kecth mendapatkan MVP dalam kejohanan itu.

Kualiti permainan menunjukkan hasil mereka untuk mendapatkan slot ke PMGC 2021 West. Walaupun tidak mendapatkan nombor 3 teratas tetapi mereka berhasil meloloskan diri itu sudah cukup menguntungkan. 

Credit to : Liquipedia

Pasukan World Of Wonders adalah pasukan yang hampir gagal untuk meloloskan diri ke PMGC 2021 West selepas pasukan 1218 daripada Rusia itu hampir mengejar mata keseluruhan mereka.

Credit to : FB Arif Ishak

Tahniah buat pasukan Na’Vi telah menjadi juara bagi PMPL European musim pertama. Bukan di permainan komputer sahaja malah organisasi itu turut mencipta nama di permainan mudah alih ini. Pasukan Na’vi berjaya memungut 288 mata selepas mereka konsisten dalam pencarian mata. Walaupun hanya mendapatkan 4 WWCD sepanjang kejohanan ini berlangsung mereka meletakkan jurang antara pasukan-pasukan yang lainnya.

Pasukan daripada Rusia ini telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $40,000 USD dan secara automatik mereka akan bermain di kejohanan PMGC West 2021 yang akan datang. Ahli pasukan mereka Tixzy telah mendapatkan MVP dan membawa pulang sebanyak $2,000 untuk dirinya sahaja.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya