MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan Alpha7, 4 WWCD dalam sehari

Kongsi
Pasukan Alpha7, 4 WWCD dalam sehari

Pasukan A7 Esports muncul juara bagi kejohanan PMPL Liga Brazil dan PMPL Final Brazil melayakkan pasukan itu untuk bertanding di kejohanan PMPL Americas yang telah dimulakan awal minggu ini. Di hari pertama dan kedua sahaja mereka telah memungut sebanyak 199 mata secara keseluruhan dan menduduki tempat ke 1 di dalam carta.

Mereka juga mendapatkan 4 kali chicken dinners secara berturut-turut di hari yang pertama. Mereka juga merupakan pasukan yang amat digeruni oleh pasukan-pasukan lain dengan adanya pemain handalan mereka Carrilho yang menjadi pemain MVP semasa di PMPL Brazil.

Barisan pemain A7 Esport adalah Senab, Swaguin, Carrilho, Mafioso dan Revo sebagai pemain sub mereka. Di tahun ini sahaja pasukan A7 Esport telah memperolehi pencapaian yang cemerlang yang membawa mereka sebagai juara di 5 kejohanan rasmi PUBG Mobile.

Credit to : Liquipedia

Pasukan A7 Esport juga dikatakan sebuah pasukan yang membawa mimpi buruk terhadap pasukan-pasukan yang ikut bertanding di kejohanan PMPL Americas ini. Mereka yang menunjukkan permainan tingkat berlainan mampu mendominasi carta secara keseluruhan.

Mereka juga dituduh bermain curang sepanjang kejohanan itu berlangsung. Tetapi seperti yang kita nampak potensi pasukan ini daripada mulanya memang sangat cemerlang, adakah mereka akan menjadi juara di PMPL Americas musim ke 2 ini?.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *