MEMUAT

Taip untuk mencari

GeekFam Wild Rift Juara Icon Series MY : Fall Season 2021

Kongsi
GeekFam Wild Rift Juara Icon Series MY : Fall Season 2021

Geek Fam salah satu organisasi gergasi dalam e-sport. Baru-baru ini, Geek Fam telah bertanding dalam kejohanan ESL Mobile Open 2021 Wild Rift SEA Icon Series Malaysia Musim Luruh dan telah menjadi juara dalam kejohanan itu.

Pasukan ini dibarisi oleh 5 orang pemain iaitu “TheShang”, “sixtynine”, “Haki”, “Momo” dan juga “Nyx”. Mereka yang bermain di lower bracket di pusing Playoffs telah menewaskan pasukan SEM9 di pusingan pertama dengan mata 3-1.

Setelah itu mereka bertemu pula dengan pasukan SDGR EA EBLZ yang telah ditewaskan di Upper Bracket oleh pasukan UndeRank, Geek Fam berjaya mengalahkan mereka dengan mata 3-1. Manakala di pusingan Lower Bracket Finals, Geek Fam yang bertembung dengan pasukan UndeRank dan mengalahkan mereka dengan keputusan 3-0 dengan kekalahan ini secara automatik pasukan UndeRank mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan ini.

Geek Fam memenangi lower bracket secara beruntun ini membuatkan mereka berjaya untuk bertanding di pusingan Grand Finals. Geek Fam yang bertemu Berjaya Dragons di peringkat Grand Finals, memberi saingan yang sengit bagi kedua-dua pasukan. 

Permainan yang ditunjukkan antara dua pasukan itu membuat para peminat dan penonton menjadi ghairah dengan aksi gameplay dan tactical yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun Geek Fam ditekan oleh pasukan Berjaya Dragons tetapi itu tidak membuatkan mereka patah semangat untuk memenangi kejuaraan ini. 

Geek Fam mendominasi permainan ini dengan keputusan 4-3 ke atas Berjaya Dragons sekali gus menjadi Champion of ESL Mobile Open 2021 Wild Rift SEA Icon Series Malaysia Musim Luruh. 

Dengan kejuaraan ini, satu lonjakkan besar buat pasukan Geek Fam Wild Rift. Pasukan ini akan mewakili Malaysia bersama-sama dengan pasukan Berjaya Dragons di Wild Rift SEA Championship yang akan datang. 

Tahniah buat pasukan Geek Fam kerana berjaya menjadi Juara Fall Season 2021!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *