MEMUAT

Taip untuk mencari

Yoodo RSG & Sem9 dijemput ke kejohanan MY/SG

Kongsi
Yoodo RSG & Sem9 dijemput ke kejohanan MY/SG

Kejohanan Call Of Duty Mobile MY/SG yang akan berlangsung pada 22 Disember nanti akan mempertandingkan pasukan-pasukan berkebolehan daripada Malaysia dan Singapore untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak $1500 USD.

Dua pasukan yang mewakili Malaysia telah menerima jemputan langsung untuk bertanding di kejohanan tersebut. Pasukan yang dahulu dikenali sebagai Resurgence dan kini dinamakan sebagai Yoodo RSG telah mendapat jemputan tersebut, mereka juga pernah menjuarai kejohanan MY/SG sebelum ini dan mendapat jemputan secara langsung ke kejohanan Garena Invitational 2021, tetapi malang pasukan itu telah menamatkan lariannya di tempat ke 5.

Credit : IGN Southeast Asia

Barisan pemain bagi pasukan Yoodo RSG ini adalah : 

  • RanGer – Abdul Hakiem
  • Raven – Ameer Imran
  • Derp – Irfan Danial
  • Edz – Farris Rauf
  • AlphaRie – Azri Adzlan

Manakala pasukan kedua yang menerima jemputan ke kejohanan MY/SG kali ini adalah pasukan Sem9, mereka sebelum ini juga telah bertanding di kejohanan Garena Invitational 2021 dan tersingkir di tempat yang ke 9.

Credit : Seagm News

Barisan pemain bagi pasukan Sem9 ini adalah :

  • Smokii – Justin Chin
  • ConcepT – Pavan Singh
  • Sciia – Ilyas Zain
  • x3Jasmine – Harvin Singh
  • Zh3ngYu – Ng Zheng Yu
  • B1ngo – Declan Bong

Bukan itu sahaja, terdapat dua pasukan daripada Singapura yang mendapat jemputan secara langsung iaitu pasukan Gaijin Rogue dan juga pasukan Almghty. Mereka akan turut bertanding bagi mendapatkan gelaran juara serta membawa wang tunai sebanyak $1500USD bersama RM 6327.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *