MEMUAT

Taip untuk mencari

Peminat mempersoalkan harga tiket M3 mahal?

Kongsi
Peminat mempersoalkan harga tiket M3 mahal?

Berita gembira buat penggemar Mobile Legends Bang Bang yang menetap di Singapura. Kejohanan M3 Mobile Legends Bang Bang yang dianjurkan di Singapura telah  memberi peluang kepada peminat mereka disana untuk melihat kejohanan itu secara langsung.

Sebelum ini Kejohanan M2 Mobile Legends Bang Bang hanya dapat di tonton daripada siaran secara langsung yang dibuat oleh mereka, disebabkan pandemic Covid-19 pihak penganjur hanya membenarkan pasukan-pasukan yang bertanding sahaja untuk menghadiri kejohanan itu yang dibuat secara luar talian.

Akan tetapi, rata-rata peminat Mobile Legends ini mempersoalkan harga tiket yang ditetapkan oleh pihak penganjur lebih mahal daripada harga tiket semasa kejohanan M1 yang diadakan di Malaysia.

Harga tiket M3

Kebanyakkan mereka mempersoal dan membandingkan harga tiket bagi kemasukkan sehari mencecah RM 61 manakala semasa kejohanan M1 hanya bernilai Rm50 (bronze) untuk 3 hari kejohanan. Lebih parah harga tiket bagi hari Grand Final pula mencecah Rm76 untuk seorang manakala jika berpasangan Rm 138.

Harga tiket M1

Walau bagaimanapun, perkara ini merujuk kepada tempat dan cara pihak penganjur yang menganjurkan kejohanan di rumah mereka sendiri. Seperti kita sedia maklum, banyak faktor yang diperlukan untuk mereka membendung penularan virus yang masih berada di sekeliling kita dan kos untuk memastikan penonton selesa dan selamat daripada virus Covid-19.

Kejohanan ini diadakan di Suntec Singapore International Convention & Exhibition Centre pada 17 December 2021 hingga 19 December 2021. Bagi pemegang tiket mereka juga boleh mendapatkan reward yang disediakan oleh pihak penganjur,dan mereka berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah misteri yang disediakan nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *