MEMUAT

Taip untuk mencari

OG melepaskan SumaiL dan Saksa

Kongsi
OG melepaskan SumaiL dan Saksa

Pasukan OG telah mengumumkan bahawa SumaiL dan Saksa tidak lagi berada dalam barisan pemain mereka yang akan bermain di DPC musim hadapan.

CEO OG JMR Luna mengatakan bahawa pemain carry mereka Syed Sumail Hassan “SumaiL” dan support mereka Martin Sazdov “Saksa” ingin mencari pengalaman baharu di pasukan baharu.

Tambahnya lagi “kedua-dua pemain itu merupakan pemain luar biasa dan merupakan ahli pasukan yang terbaik. Saya pasti mereka mempunyai transformatif dalam mana-mana organisasi yang mereka pilih dan mereka akan membuktikan bakat bertaraf dunia mereka. Kami akan merindui Martin dan Sumail. Terima kasih kerana mengharui perjalanan bersama kami dan terima kasih kerana sentiasa bersikap mesra dan baik kepada kami semua”.

SumaiL yang merupakan former TI champion dan Saksa merupakan TI finalist, kedua-duanya mempunyai pencapaian yang sangat bagus dan mesti banyak organisasi inginkan mereka berdua memandangkan sekarang adalah musim rombakan pasukan. Dengan kebolehan dan pengalaman yang mereka ada semestinya mereka sesuai untuk dibawa masuk ke pasukan pro yang lain dan melengkapi pasukan itu.

Pasukan OG mungkin akan mencari 3 pemain baharu memandangkan ada ura-ura mengatakan Ceb mungkin akan bersara dari pro scene Dota2. Walau bagaimanapun, Topson masih lagi akan bermain untuk pasukan itu dan beliau merupakan dua kali juara TI. Mungkin barisan pemain OG akan serba baharu pada 2022.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya