MEMUAT

Taip untuk mencari

Berjaya Dragons Wild Rift layak ke SEA Championship 2021

atq_hyprgame
Kongsi

Pada 28 Ogos semalam, telah berlangsungnya playoffs bagi Wild Rift untuk mengetahui pasukan mana yang layak ke SEA Championship 2021. 

Berjaya Dragons merupakan salah satu pasukan yang layak ke SEA Championship 2021 apabila pasukan ini berjaya menduduki kedudukan tertinggi di dalam peringkat kumpulan.

Selain itu, di dalam SEA Icon Series, Berjaya Dragons membuktikan bahawa mereka layak ke pusingan akhir liga terbuka ESL Mobile.

Sumber: Berjaya Dragons

Pasukan ini pernah menjadi juara bagi ESL Mobile Open Championship 2021 Summer: Malaysia apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Geek Fam dengan 4-1. 

Umum mengetahui bahawa pasukan ini sememangnya salah satu pasukan yang sedang mendominasi arena Wild Rift. 

Walaupun arena Wild Rift belum lagi berkembang secara meluas di Malaysia dan jumlah tontonan siaran langsung perlawanan juga tidak begitu tinggi, namun arena ini mempunyai banyak peluang untuk meluaskan lagi sayap mereka. 

Dengan adanya pasukan-pasukan yang berjaya menaikkan arena Wild Rift di mata dunia khususnya pasukan yang bertanding di SEA atau global, ia sedikit sebanyak memberi peningkatan yang positif buat arena Wild Rift.

Pada hari ini, akan berlangsungnya Grand Finals Fall Season.

Berjaya Dragons akan berjumpa dengan pasukan TBD di Grand Finals Fall Season pada pukul 4:20 petang ini selepas berjaya mara ke peringkat seterusnya apabila Berjaya Dragons menewaskan Underank dengan 3-0.

Sumber: Berjaya Dragons

Adakah Berjaya Dragons sekali lagi akan mendominasi arena Wild Rift?

Saksikan ESL Mobile Open Wild Rift SEA ICON Series MY Musim Luruh di Facebook ESL Malaysia untuk mengetahui pasukan mana yang juga akan ke SEA Championship

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *