MEMUAT

Taip untuk mencari

Babykimz & Pamiz sah pemain Dingoz Esport

Kongsi
Babykimz & Pamiz sah pemain Dingoz Esport

Organisasi Dingoz Esport telah mengumumkan kehadiran dua orang pemain bagi membina semula pasukan PUBG Mobile mereka setelah Dingoz Esport melepaskan barisan pemain lamanya sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat melalui satu postingan rasmi di Instagram dan Facebook Dingoz Esport, semalam. Walaupun begitu, pihak Dingoz Esport masih belum mendedahkan kesemua nama pemain yang akan bermain di musim PMPL akan datang.

Babykim atau nama sebenarnya Muhamad Zalmi Hakim Azhar merupakan pemain yang berbakat dan telah bersama skuad TG Ares hingga menjadi Yoodo Alliance. Babykim juga merupakan ketua pasukan dan memegang role fragger di dalam pasukannya.

Manakala Pamiz atau Muhamad Fahmi Farizal merupakan bekas IGL buat pasukan Yoodo Alliance yang telah membawa pasukan itu melepasi tahap daripada jangkaan mereka. Meskipun Pamiz tidak dapat membawa pasukan itu muncul juara di kejohanan PMPL sebelum ini, tetapi beliau telah menunjukkan bakat dan usaha dalam menjayakan sesuatu benda.

Sumber : Warga J

Dengan ini, Dingoz cuma mendedahkan 2 orang sahaja pemain pasukan PUBG Mobilenya dan masih membiarkan peminat tertanya-tanya siapakah lagi yang akan bernaung di bawah Dingoz Esports. Malah, ada juga peminat membuat spekulasi bahawa Badman merupakan salah satu anggota pasukan DIngoz selepas mereka terlihat Badman yang sedang memakai jersey Dingoz Esport.

Walau bagaimanapun, tahniah buat Babykim dan Pamiz yang akan membawa nama Dingoz Esport yang merupakan salah satu nama besar di dalam scene kompetitif PUBG Mobile.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya