MEMUAT

Taip untuk mencari

“Scrim ini bukan dari kami” – Dingoz Esports

atq_hyprgame
Kongsi

Dingoz Esports yang telah menjadi penaja sepenuhnya buat pasukan Vietnam, D’Xavier ada memuat naik satu posting di media sosial rasmi miliknya.

Posting itu bertujuan untuk memberi penjelasan tentang scrim yang dibuat oleh seorang individu dengan menggunakan nama Dingoz Esports.  

Memang ramai individu yang menggunakan nama sesetengah pasukan bertujuan untuk mendapat perhatian dan sambutan menerusi scrim dan pertandingan.

Kalau scrim itu menggunakan nama-nama organisasi e-sukan di Malaysia, tentunya ramai yang mahu sertai.

Baca lanjut di Facebook: Dingoz Esports

Tetapi tindakan itu dianggap tidak menghormati sesetengah organisasi. Ini kerana apa-apa kesulitan atau komplikasi yang berlaku sepanjang scrim atau pertandingan itu dijalankan, ianya pasti akan berkait rapat dengan nama organisasi e-sukan yang digunakan. 

Menurut organisasi e-sukan itu, apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh Dingoz Esports mesti mendapat kelulusan dari organisasi dan pihak publisher game tersebut. 

“Kami tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku sama ada penipuan wang pertandingan mahupun isu komunikasi dari pihak tersebut.”

“Kami akan letak link Discord di Facebook rasmi Dingoz Esports untuk scrim yang diadakan oleh pihak kami iaitu Dingoz Esports real.” 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *