MEMUAT

Taip untuk mencari

Ryzen akan berehat dari kompetitif PUBGM

Kongsi
Ryzen akan berehat dari kompetitif PUBGM
Credit : FB BTR RYZEN

Bigetron Esport mengumumkan pemain utama Bigetron Red Aliens iaitu Ryzen atau nama sebenarnya Muhammad Albi akan berehat untuk seketika daripada scene kompetitif PUBG Mobile. Perkara ini telah diumumkan oleh pihak Bigetron melalui Instagram dan Youtube mereka.

Ryzen merupakan pemain yang sangat berbakat dan merupakan salah satu kunci kejayaan buat pasukan Bigetron Red Aliens berjaya pada musim-musim sebelum ini. Beliau telah memberikan sehabis baik dalam menjayakan pasukan itu hingga di peringkat global.

Sebelum ini, Ryzen telah bercadang untuk tidak meneruskan perjalanannya bersama Bigetron Red Aliens selepas beliau gagal memberikan kejayaan buat pasukan itu. Lebih-lebih lagi apabila kontrak beliau bersama Bigetron sudah tamat pada hujung tahun lalu. 

Semasa di kejohanan PMGC 2021, Ryzen merasakan bahawa dirinya membebani pasukan dan merasakan dirinya serba kekurangan ketika itu. Oleh itu, Ryzen merasakan bahawa dirinya tidak layak untuk bersama pasukan itu dan pernah ditawarkan untuk bermain di pasukan yang lainnya.

Keputusan ini juga untuk memberikan beliau untuk meluangkan masa bersama keluarga dan juga rakan-rakannya selepas sekian lama beliau memberikan fokus terhadap scene kompetitif PUBG Mobile. Walau bagaimanapun, Ryzen akan kembali selepas beliau merasakan segar dan membuat kemunculannya lebih baik daripada sebelum ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya