MEMUAT

Taip untuk mencari

Doz Fatzr dikatakan Hacking?

Kongsi
Doz Fatzr dikatakan Hacking?

Di dalam video yang dimuat naik oleh @kesiansingle01 dan @DoZ|HanS di aplikasi TikTok, video itu menunjukkan bahawa DoZ FazTR telah melakukan hacking ketika bermain di arena Team Death Match (TDM) di dalam PUBG Mobile. 

DoZ FazTR yang pernah memasuki kejohanan 1v1 di mana individu tersebut mengalahkan beberapa pemain profesional PUBG Mobile antaranya adalah AdikLuq, Abiy, J8 Aniq dan lain-lain, beliau juga menjadi juara untuk pertandingan tersebut.

Namun, jika dilihat dari video yang dimuat naik oleh pemilik video di TikTok itu, individu tersebut menunjukkan bahawa mustahil untuk seorang pemain mempunyai “aim crosshair” yang sempurna dan stabil tepat di kepala.

@borheee

Reply to @shinsadboyy kalau traning hari hari aiming boleh melekat macam @faznv ke? atau kene 90 fps? #fyp #fypシ #pubgmalaysia🇲🇾 #pubgm #pubg

♬ original sound – DoZ | HanS – DoZ | HanS
@kesiansingle01

Faz masih tak respon dm personal/group discord. Jom kita tengok highlight tdm dia, champion tdm ni boss 🙊👀 #pubgmalaysia🇲🇾 #fypシ #btsanjiing

♬ suara asli – Chifuyuツ

Disebabkan oleh isu “aim crosshair” yang terlalu sempurna ditunjukkan oleh DoZ FazTR, individu tersebut mengajak DoZ FazTR untuk membuat “gameplay handcam” bagi membuktikan yang DoZ FazTR tidak melakukan hacking tersebut.

Tetapi, DoZ FazTR masih belum membuktikan perkara tersebut, dan hanya memuatnaik gameplaynya di aplikasi TikTok dan tidak mampu untuk menunjukkan beliau bermain secara bersih.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *