MEMUAT

Taip untuk mencari

Power Ranking MWI 2022: Bigetron Era pencabar terkuat!

atq_hyprgame
Kongsi

MLBB Women’s Invitational 2022 akan bermula esok, 27 Januari di mana 9 pasukan MLBB wanita Asia Tenggara telah pun bersedia untuk merebut gelaran ratu MLBB terbaik Asia Tenggara. 

Kali ini, di Power Ranking MWI 2022 tertumpu kepada 4 pasukan Asia Tenggara yang dijangka bakal menjadi pencabar terkuat di MWI. Mereka adalah Bigetron Era, Smart Omega Empress, GPX Basreng & IDNS Princess

4 Pencabar Utama di MLBB Women’s Invitational 2022

Bigetron Era 

Pasukan Indonesia ini memang akan menduduki kedudukan pertama dalam Power Ranking MWI 2022 versi Hyprgame kerana pencapaian yang mereka ada. Mereka juga pasti akan menambahkan kekuasaan & kekuatan di MWI 2022 selepas bergabung dengan Bigetron Esports. 

Dalam komuniti MLBB Indonesia terutamanya, siapa yang tidak mengenali Bigetron Era? Mereka adalah juara 2 kali berturut kejohanan besar bagi pasukan wanita MLBB Indonesia iaitu Woman Star League. Kejuaraan yang diperolehi oleh Bigetron Era menunjukkan penguasaan mereka dalam scene kompetitif MLBB itu sendiri. 

Banyak lagi kejuaraan yang mereka perolehi pada tahun lalu. Pencapaian itu membuatkan Bigetron Era memegang nama sebagai pasukan MLBB wanita terkuat di Indonesia. Mereka juga memiliki pemain tank terbaik Indonesia iaitu Vivian!

Sumber: MPL Malaysia

Smart Omega Empress 

Smart Omega Empress yang dulu dikenali sebagai LvD Huntress adalah pasukan Filipina yang berjaya mendominasi kejohanan MLBB amatur di Filipina. Mereka juga merupakan juara kejohanan MLBB wanita Filipina iaitu Liga Adarna Season 4: Race to the Top.

Roster LvD Huntress yang diperkuatkan oleh kapten mereka iaitu Viverio kemudiannya diambil alih oleh Smart Omega untuk kejohanan MWI 2022 ini. Dengan pengambil alihan tersebut, mereka akan membawa nama Smart Omega Empress di MWI. 

Walaupun baru lagi dimiliki oleh organisasi e-sukan, Smart Omega, roster LvD Huntress pernah dipakai ketika di UniPin Ladies Series SEA Invitational. Mereka tidak menjuarai kejohanan tersebut tetapi mereka memiliki pengalaman yang solid dalam scene kompetitif MLBB. 

Sumber: MPL Malaysia

GPX Basreng 

Perwakilan Indonesia yang akan menguasai Power Ranking MWI 2022 yang seterusnya adalah GPX Basreng. Pasukan MLBB wanita ini juga tidak kurang hebatnya dengan pencapaian yang mereka kecapi dalam kejohana MLBB wanita di Indonesia. 

Untuk pengetahuan semua, Bigetron Era & GPX Basreng banyak kali berjumpa di peringkat akhir kejohanan seperti UniPin Ladies Series & WSL S4. Walaupun GPX Basreng tidak berpeluang menjuarai 2 kejohanan tersebut, mereka tetap sebahagian daripada pasukan MLBB wanita terbaik di Indonesia. 

Antara sebab kenapa GPX Basreng antara pencabar utama MWI 2022 adalah kerana mereka pernah memenangi 56 minit perlawanan menentang pasukan Alter Ego Nyx di Wonderful Indonesia Srikandi Championship (WISC). Kalau ianya berlaku lagi di MWI, pasukan ini mampu berdepan dengan ketahanan mental yang baik! 

Sumber: MPL Malaysia

IDNS Princess

Bernaung di bawah organisasi e-sukan IDONOTSLEEP (IDNS), pasukan ini akan bergabung dengan pemain dalam organisasi yang sama iaitu IDNS Elsa (Thailand) atas faktor-faktor tertentu. 2 pemain IDNS Elsa yang akan lengkapkan roster IDNS Princess di MWI adalah Ramella & Silver

Untuk pasukan ini, secara jujurnya, memang tidak banyak informasi yang boelh didapati tentang kejohanan yang mereka sertai. Cuma, pemain IDNS Elsa, Ramella pernah membuat kemunculan beliau di MSC 2021. Pada ketik itu, beliau bermain untuk pasukan MLBB lelaki, IDNS. 

Pasukan MLBB wanita IDNS telah pun ditubuhkan pada tahun 2018. Mereka bukanlah baru dalam scene kompetitif MLBB. Ramella juga ada mengikuti kejohanan UniPin Ladies Series SEA Invitational bersama dengan pasukan IDNS Winx

Dengan pengalaman yang pasukan IDNS ini miliki sebagai pasukan MLBB wanita, tidak mustahil untuk mereka dapatkan kejuaraan di MWI 2022. Dengan gabungan tenaga ini juga, rata-rata dari komuniti MLBB mahu melihat gameplay yang bakal dibawa oleh mereka.

Sumber: MPL Malaysia

Itulah 4 pasukan dalam Power Ranking MWI 2022. Ada 9 pasukan yang akan bertanding di MWI namun 4 pasukan ini dilihatkan boleh menjadi pencabar untuk merebut gelaran juara. Dengan pencapaian yang mereka perolehi dari kejohanan sebelum ini mampu tingkatkan lagi momentum mereka.

5 pasukan yang tidak tersenarai bukanlah tidak boleh menjadi pencabar di MWI. Semua kemungkinanan boleh berlaku & ini adalah Power Ranking MWI 2022 versi Hyprgame. 9 pasukan di MWI ini dijangka akan memberi impak yang besar dalam kejohanan ini sekali gus membantu pasukan-pasukan MLBB wanita ini mendapat lebih perhatian daripada komuniti MLBB.

Siaran langsung Mobile Legends Women’s Invitational (MWI) 2022

Akan ada beberapa platform untuk menonton Mobile Legends Women’s Invitational (MWI) 2022. Antara platform yang dipromosi oleh ONE Esports adalah menerusi siaran langsung dari platform mereka sendiri; FacebookTikTokTwitchTwitter & YouTube

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya