MEMUAT

Taip untuk mencari

Belletron Era & Ace rasmi bergabung dengan Bigetron Esports

atq_hyprgame
Kongsi

Semalam, Belletron Esports memuat naik posting ‘farewell’ di laman rasmi Instagram milik mereka. Seperti yang kita tahu, Belletron Esports merupakan divisi wanita yang bernaung di bawah organisasi e-sukan, Bigetron Esports. 

Kini, Belletron Esports rasmi bergabung di bawah organisasi e-sukan utama mereka iaitu Bigetron Esports. Penggabungan di antara Belletron dan Bigetron dikatakan bertujuan untuk membina kesatuan yang kuat dalam satu organisasi. Ace & Era kini akan membawa nama sebagai — Bigetron Era & Bigetron Ace.

“Belletron resmi bergabung dengan Bigetron Esports. Bukan dalam jumlah, tapi dalam kesatuan itulah yang membuat kita semakin kuat. Kami bergabung, bersatu lebih kuat bersama demi meraih satu tujuan mulia yaitu menjadi juara.” 

Sumber: Bigetron Esports
Sumber: Bigetron Esports

Belletron Ace & Era kini dikenali sebagai Bigetron Ace & Era

Penggabungan ini dilihatkan sebagai satu gerakan yang baik untuk divisi wanita Bigetron Esports kerana kedua-dua pasukan ini banyak menunjukkan performa yang baik dalam setiap kejohanan yang dipertandingkan. 

Selain daripada memudahkan pengurusan pasukan di bawah satu organisasi, ia juga dapat memperkuatkan lagi pembawakan nama Bigetron Esports itu sendiri. Walaupun banyak tertumpu dengan divisi lelaki Bigetron, tetapi divisi wanita mereka juga memiliki kekuatan yang sama.

Divisi wanita bagi PUBG Mobile (Bigetron Ace) & MLBB (Bigetron Era) banyak mendapatkan kemenangan seperti baru-baru ini Bigetron Era menjuarai WSL S4. Mereka telah memegang kejuaraan WSL sebanyak 2 musim berturut-turut. Bigetron Era juga akan mewakili Indonesia di kejohanan MLBB wanita, MWI 2022.

Sumber: Bigetron Esports — Bigetron Ace
Sumber: Bigetron Esports — Bigetron Era

Berikut adalah pencapaian Bigetron Ace & Bigetron Era sepanjang mereka membawa nama Belletron:

Pencapaian Belletron Ace (PUBGM)
2021ChampionPMPL — Southeast Asia S4: Ladies
2021ChampionPMPL — Southeast Asia S3: Ladies
2020ChampionPMPL — Indonesia S2: Ladies
2020ChampionLittle Groot Ladies Championship 2020
2020ChampionDunia Games League 2020: Ladies
2019ChampionPMINC 2019: Ladies
Pencapaian Belletron Era (MLBB)
2022ChampionWoman Star League Season 4
2021ChampionUniPin Ladies Series SEA Invitational
2021ChampionUniPin Ladies Series MLBB 2021
2021ChampionWonderful Indonesia Srikandi Championship
2021ChampionNimoTV Queens Championship 2021
2021ChampionWoman Star League Season 3

Divisi wanita MLBB & PUBGM Bigetron Esports ada masa depan cerah

Tidak dapat dinafikan, kedua-dua pasukan wanita Bigetron ini memiliki kekuatan mereka tersendiri sejak Belletron ditubuhkan pada tahun 2018. 4 tahun penubuhan Belletron Esports berhasil membuat organisasi itu melahirkan banyak bakat baru untuk divisi MLBB & PUBG Mobile mereka.

Memang kedua-dua pasukan ini memiliki masa depan yang cerah dalam mendominasi kejohanan-kejohanan wanita di masa yang akan datang Indonesia & Asia Tenggara. Indonesia juga sering mengadakan kejohanan MLBB & PUBG Mobile.

Dengan membawa nama Bigetron di kejohanan MLBB & PUBG Mobile wanita, Ace & Era boleh berjalan seiring dengan misi Bigetron Esports untuk menjadi juara dalam semua scene kompetitif yang mereka wakili!

Sumber: Bigetron Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *