MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , , , ,

TSM menandatangani pemain pasukan Undying

Kongsi
TSM menandatangani pemain pasukan Undying

Buat pertama kalinya, organisasi TSM telah menubuhkan pasukan Dota2 pertama mereka dengan menandatangani pemain-pemain pasukan Undying. TSM secara rasminya memasuki kompetitif Dota 2 di Amerika Utara (NA).

Pengumuman itu dibuat di Twitter rasmi TSM, yang telah membuat kejutan kepada peminat bahawa mereka akan menyertai 20222 Dota Pro Circuit (DPC) yang akan bermula beberapa minggu lagi. 

Nama baharu yang dibawa oleh pemain-pemain yang terpilih membuatkan satu lagi saingan baharu akan muncul di musim DPC kali ini. Pemain-pemain TSM terdiri daripada 4 buah negara dan akan berpusat di Amerika Syarikat.

  • Enzo Gianoli O’Connor – Timado
  • Jonathan Bryle  Santos De Guia – Bryle
  • Jonáš  Volek – SabeRLight
  • David Tan Boon Yang- MoonMeander
  • Kim Doo-young – DuBu

“Saya rasa seperti menandatangani kontrak dengan TSM adalah impian yang menjadi kenyataan,” kata MoonMeander dalam video itu. “Kepada semua peminat TSM Dota 2 di luar sana, harapkan era baharu di NA.”. Pasukan TSM yang sebelum ini terkenal di permainan battle royale Fortnite, kini telah mengembangkan lagi division mereka di Dota2 dan akan bertanding dengan pasukan-pasukan handalan yang lain di Amerika Utara.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *