MEMUAT

Taip untuk mencari

MWI 2022: Ratu MLBB! Bigetron Era rekod trofi ke-13 lepas juara MWI!

atq_hyprgame
Kongsi

MLBB Women’s Invitational 2022 telah pun melabuhkan tirai mereka selepas pasukan MLBB wanita terkuat Indonesia, Bigetron Era menjuarai kejohanan pertama MWI. Bigetron Era berhasil mendapatkan kejuaraan selepas menewaskan GPX Basreng dengan 3-1. 

Kedua-dua pasukan Indonesia, Bigetron Era & GPX Basreng adalah pasukan MLBB wanita yang paling menakutkan di MWI 2022. Dengan keberadaan kedua-dua pasukan Indonesia ini di peringkat akhir MWI membuktikan bahawa 2 perwakilan Indonesia ini adalah yang terbaik. 

Sumber: ONE Esports

Recap peringkat akhir playoffs Bigetron Era dapatkan skor 3-1

Di pusingan pertama peringkat akhir MWI, GPX Basreng kelihatan sukar lebih-lebih lagi di fasa early game kerana Bigetron Era lebih menguasai pada ketika itu. Disebabkan penggunaan hero Paquito dari Bigetron Era terlalu OP, GPX Basreng harus akur dengan memberikan mata pertama kepada Bigetron Era. 

Pada pusingan kedua, boleh dikatakan GPX Basreng hampir membuat comeback untuk dapatkan kemenangan. Tetapi, Vivian, pemain Tank terbaik Bigetron Era berjaya memerangkap 4 pemain dari GPX Basreng. GPX Basreng juga tidak boleh bertahan selepas Cinny yang memakai hero Selena menyukarkan core mereka. Dan, GPX Basreng sekali lagi harus akur ketika Bigetron Era mendapatkan mata kedua mereka. 

Melaju ke pusingan ketiga, GPX Basreng kembali menebus kekalahan mereka selepas Bigetron Era tewas untuk mengawal ketat permainan disiplin yang ditunjukkan oleh GPX Basreng. Comeback yang dibuat oleh GPX Basreng berjaya membawa mereka mendapatkan 1 mata kemenangan dengan merekodkan mata singkir sebanyak 25-22. 

Di pusingan keempat yang juga menjadi pusingan terakhir selepas Bigetron Era menguasai permainan dengan merekodkan skor akhir, 3-1! GPX Basreng sebenarnya ada peluang untuk menang tetapi tidak berjaya menahan skil mekanik Bigetron Era. Pusingan keempat adalah pusingan yang sangat baik untuk kedua-dua pasukan kerana mereka sama-sama hebat. 

Sumber: ONE Esports

Bigetron Era juara MWI sekali gus mendapat gelaran “The Queen of SEA”

Bigetron Era berhasil mengangkat gelaran mereka sebagai “The Queen of SEA” selepas mendapatkan kejuaraan MWI 2022. Ini merupakan trofi ke-13 Bigetron Era selama mereka berada dalam scene kompetitif MLBB wanita!

Juara MWI 2022 akan membawa pulang sebanyak AS$6,400 (RM26,806). Manakala, Vival selaku FMVP bagi MWI 2022 akan membawa pulang sebanyak AS$200 (RM837) untuk diri beliau.

Sepanjang berlangsungnya MWI 2022, Bigetron Era antara pasukan kegemaran yang dijangka bakal menjuarai MWI yang pertama. Dengan kekuatan yang mereka ada, sukar untuk menafikan penguasaan mereka di MWI — dari peringkat kumpulan sehingga playoffs

Sumber: Bigetron Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *