MEMUAT

Taip untuk mencari

MWI 2022: Format, jadual, pasukan & semua yang anda perlu tahu!

atq_hyprgame
Kongsi

9 pasukan MLBB wanita terbaik di Asia Tenggara akan merebutkan kumpulan hadiah yang ditawarkan sebanyak $15,000 USD (kira-kira RM62,752). Pada awalnya, terdapat 10 pasukan yang akan bertanding di MWI, tetapi Elsa IDNS Thailand tidak dapat sertai kerana jadual mereka tidak mengizinkan. 

Mobile Legends Women’s Invitational 2022 adalah kerjasama di antara MOONTON & ONE Esports. Selepas kejayaan yang mereka kecapi dari ONE Esports MPL Invitational 2021, kini, mereka hadir membuka Land of Dawn dengan memberi laluan kepada para pemain MLBB wanita. 

Semua yang anda perlu tahu tentang Mobile Legends Women’s Invitational 2022 ada di sini. Dari format, jadual, daftar 9 pasukan & keputusan pertandingan.

Sumber: ONE Esports

Mobile Legends Women’s Invitational 2022

MWI 2022 akan menggunakan #InControl sebagai tema rasmi mereka di mana kejohanan ini akan membawakan 9 pasukan terbaik Asia Tenggara berentap sesama sendiri untuk dapatkan kejuaran pasukan MLBB wanita terbaik Asia Tenggara.

Kesemua daripada mereka juga akan memperebutkan kumpulan hadiah bernilai $15,000 USD (kira-kira RM62,752) di mana juara bagi MWI 2022 akan membawa pulang sebahagian besar daripada kumpulan hadiah yang ditawarkan. 

Format MWI 2022

Format bagi Mobile Legends Women’s Invitational 2022 akan dimainkan dalam format BO1, BO3 & BO5. 9 pasukan ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan; Kumpulan A & Kumpulan B. Pasukan dari wilayah yang sama tidak akan berada di dalam satu kumpulan. 

Kejohanan itu akan memulakan saringan kumpulan terlebih dahulu yang akan dimainkan dalam fomat BO1 di mana 4 pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat playoffs. Di playoffs bracket, ia akan dimainkan dalam format BO3. 

Disebabkan Kumpulan B terdapat 4 pasukan sahaja kerana Elsa IDNS Thailand tidak dapat sertai, kesemua 4 pasukan itu akan mara ke playoffs. Manakala, Kumpulan A akan ada 1 pasukan yang tersingkir. 

Sumber: ONE Esports

Senarai pasukan MWI 2022; 9 Pasukan, 6 Wilayah, 1 Juara

Inilah 9 pasukan yang akan bertanding di MWI 2022. 2 pasukan yang akan lengkapkan slot Indonesia akan diambil dari WSL S4 yang akan berakhir pada 23 Januari ini. Bagi pasukan Thailand, IDNS Elsa, mereka akan bergabung tenaga dengan pasukan dari IDNS Laos.

WilayahPasukan
MalaysiaKARRA, On Air Pipol
FilipinaBren Esports, OMEGA Esports
IndonesiaBelletron Era, GPX Basreng
KembojaImpunity Starlet
SingapuraLugiami
Laos + ThailandIDNS Princess & Ramella + Silver

Jadual MWI 2022

Mobile Legends Women’s Invitational 2022 akan diadakan selama 4 hari iaitu dari 27 Januari sehingga 30 Januari. Berikut merupakan jadual lengkap bagi MWI 2022. Kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Hari Pertama: Peringkat Kumpulan — 27 Januari (Khamis)

PusinganPasukanMasaPasukanKeputusan
Pusingan 1IDNS Princess 12:00 – 12:50 GMT+8Omega Esports1-0
Pusingan 2Impunity Starlets13.00 – 13:50 GMT+8GPX Basreng0-1
Pusingan 3OnAirPipol14:00 – 14:50 GMT+8Bren Esports0-1
Pusingan 4Bigetron Era15:00 – 15:50 GMT+8Lugiami1-0
Pusingan 5IDNS Princess16:00 – 16: 50 GMT+8KARRA0-1
Pusingan 6Omega Esports17:00 – 17:50 GMT+8Impunity Starlets1-0
Pusingan 7GPX Basreng18:00 – 18:50 GMT+8KARRA1-0
Pusingan 8Bren Esports19:00 – 19:50 GMT+8Bigetron Era0-1

Hari Kedua: Peringkat Kumpulan 28 Januari (Jumaat)

PusinganPasukanMasaPasukanKeputusan
Pusingan 9IDNS Princess12:00 – 12:50 GMT+8Impunity Starlets1-0
Pusingan 10Omega Esports13.00 – 13:50 GMT+8GPX Basreng0-1
Pusingan 11OnAirPipol14:00 – 14:50 GMT+8Bigetron Era0-1
Pusingan 12Bren Esports15:00 – 15:50 GMT+8Lugiami1-0
Pusingan 13IDNS Princess16:00 – 16: 50 GMT+8GPX Basreng0-1
Pusingan 14Omega Esports17:00 – 17:50 GMT+8KARRA1-0
Pusingan 15OnAirPipol18:00 – 18:50 GMT+8Lugiami1-0
Pusingan 16IDNS19:00 – 19:50 GMT+8KARRA0-1
Pusingan 17KARRA20:00 – 20:50 GMT+8Omega Esports1-0

Hari Pertama: Playoffs 29 Januari (Sabtu)

PusinganMasaPasukanKeputusan
GPX Basreng12:00 – 14:20 GMT+8Lugiami2-0
Omega Esports14:30 – 16:50 GMT+8Bren Esports0-2
KARRA17:00 – 19:20 GMT+8OnAirPipol2-0
IDNS Princess19:20 – 21:50 GMT+8Bigetron Era0-2

Hari Kedua: Playoffs 30 Januari (Ahad)

PusinganMasaPasukanKeputusan
GPX Basreng12:00 – 14:20 GMT+8Bren Victress
KARRA14:30 – 16:50 GMT+8Bigetron Era
Grand Final18:00 – 21:30 MYTPemenang Pusingan 5 vs Pemenang Pusingan 6

Pecahan kumpulan hadiah MWI 2022

Jumlah keseluruhan kumpulan hadiah bagi MWI 2022 adalah sebanyak $15,000 USD (kira-kira RM62,752). Berikut merupakan pecahan keseluruhan kumpulan hadiah di mana Final MVP juga akan membawa pulang sebahagian daripada kumpulan hadiah yang ditawarkan.

KedudukanWang tunai ($/RM)
Juara$6,400
(RM26,774)
Tempat ke-2$2,400
(RM10,040)
Tempat ke-3/ke-4$1,400
(RM5,856)
Tempat ke-5/ke-8$700
(RM2,928)
Tempat ke-9$400
(RM1,673)
Finals MVP$200
(RM836)
Sumber: ONE Esports

Pengulas/Talent di Mobile Legends Women’s Invitational (MWI) 2022

Ini adalah pengulas/talent yang akan menyempurnakan lagi MWI 2022. Bagi Malaysia, terdapat 4 orang barisan pengulas/talent iaitu Fyra Zaidi, Fariza, TashBunny & Laphel. Selain daripada Malaysia, terdapat 4 lagi platform rasmi pengulas iaitu English, Kemboja, Filipina & Indonesia.

Pengulas/Talent
English
Malaysia
Kemboja
Filipina
Indonesia
Sumber: ONE Esports

Siaran langsung Mobile Legends Women’s Invitational (MWI) 2022

Akan ada beberapa platform untuk menonton Mobile Legends Women’s Invitational (MWI) 2022. Antara platform yang dipromosi oleh ONE Esports adalah menerusi siaran langsung dari platform mereka sendiri; Facebook, TikTok, Twitch, Twitter & YouTube.

Semua informasi ini diambil dari ONE Esports Indonesia termasuk jadual, pasukan & kumpulan hadiah bagi MWI 2022. Jangan lupa sentiasa menyemak kemaskini yang akan diperbaharui oleh Hyprgame terutamanya keputusan permainan!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *