MEMUAT

Taip untuk mencari

JangS ditampar oleh CEO Bigetron Red Aliens ?!

Kongsi
JangS ditampar oleh CEO Bigetron Red Aliens ?!

Muhammad Farhan atau lebih mesra dengan panggilan “JangS” merupakan jurulatih profesional bagi pasukan Bigetron Red Aliens yang berpusat di Indonesia. JangS telah bersama skuad itu sejak pertengahan bulan 3 selepas beliau mengakhiri perjalanannya sebagai jurulatih pasukan Secret.

Terbaru, JangS dikatakan telah ditampar oleh CEO Bigetron Red Alien selepas beliau gagal untuk membawa pasukan itu mara ke pusingan Grand Final PMGC 2021. Pasukan BTR RA telah menamatkan lariannya di tempat ke 16 di pusingan Final Liga PMGC 2021 EAST.

Walau bagaimanapun, seperti yang diperkatakan oleh khabar angin tidaklah seperti apa yang dibayangkan oleh netizen yang membuat spekulasi mereka tersendiri. JangS telah menjelaskan perkara itu ketika beliau sedang melakukan siaran langsung dan menceritakan punca dia ditampar oleh CEO BTR yang dikenali sebagai Ko ED.

Ko ED menampar manja terhadap JangS ketika JangS menangis teresak-esak selepas beliau gagal untuk membawa pasukan itu ke pentas Grand Final PMGC 2021. JangS yang merasakan perkara itu adalah kesalahan beliau telah ditegur oleh Ko ED yang sedang mengamankan kesedihan JangS.

Ko ED bertanya kepada JangS selepas i menampar manja JangS  “kenapa nangis JangS? Sebab kalah? Ya kalah ya sudah kenapa mesti nangis”.

Credit to : YT Farr Channel

Sebagai CEO semestinya Ko ED berasa sedih selepas melihat pasukannya berusaha bersusah payah untuk menjadi juara dunia, tetapi beliau beranggapan ini adalah ujian dan akan kembali dengan lebih kuat untuk menghadapi musim hadapan. 

JangS dikatakan akan pulang ke Malaysia sebelum musim baharu yang akan bermula pada tahun hadapan, sepertinya CEO BTR masih lagi mengharapkannya untuk memimpin pasukan itu menjadi lebih baik di musim yang akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya