MEMUAT

Taip untuk mencari

6 pasukan Mobile Legends: Bang Bang Terbaik 2021

atq_hyprgame
Kongsi

Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan MOBA yang mendapat perhatian ramai & berkembang dengan sangat baik di Asia Tenggara terutamanya. Dominasi MLBB di Asia Tenggara memang ketara apabila EVOS Legends dinobatkan sebagai juara M1 World Championship. 

Kejohanan setempat yang diadakan oleh Moonton seperti MPL dapat membuka peluang buat pasukan-pasukan Asia Tenggara berjumpa dengan pasukan dari wilayah yang lain di MSC.

Sumber: MPL Indonesia
Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Philippines

Pengumpulan semua pasukan Mobile Legends terbaik dari wilayah masing-masing di Kejohanan Dunia M Series juga dapat memberi persaingan yang sihat — dalam & luar Asia Tenggara. Dengan adanya perkembangan dalam scene kompetitif MLBB, lebih banyak pasukan akan berusaha untuk capai ke tahap yang lebih tinggi. 

Kami di Hyprgame telah siapkan senarai 6 pasukan Mobile Legends: Bang Bang Terbaik 2021 mengikut ranking yang mereka perolehi di M3 Championship. 

Berikut merupakan 6 pasukan Mobile Legends: Bang Bang Terbaik 2021:

Blacklist International 

Pasukan yang akan menduduki ranking nombor satu dalam 6 pasukan Mobile Legends: Bang Bang Terbaik 2021 adalah juara M3 Championship dari Filipina iaitu Blacklist Intenational.

Barisan pemain Blacklist International terdiri daripada Edward, Wise, Dex Star, OhMyV33NUS, OHEB, ESON & Hadji. Mereka bukan sahaja pasukan terkuat di Filipina tetapi di dunia. Dengan kejuaraan yang mereka perolehi di M3 cukup untuk buktikan kekuatan mereka. 

Memegang kejuaraan MPL PH sebanyak 2 kali berturut-turut merupakan titik bermulanya kebangkitan Blacklist International. Sebelum ini, mereka menamatkan MPL PH S5 & S6 di tempat ke-6. Mereka juga mendapat tempat kedua di MSC 2021. 

Sumber: Blacklist International

ONIC PH

Kali ini, ranking akan didominasi sepenuhnya oleh pasukan Filipina. ONIC Philippines membuktikan kekuatan mereka di M3 apabila mereka berjaya mendapatkan kemenangan bersih di upper bracket playoffs M3. 

Barisan pemain ONIC Philippines terdiri daripada Dlarskie, Ryota, Kairi, Baloyskie, Markyyyyy, Hatred, Beemo & Micophobia.

Kalau dilihatkan dari senarai kemenangan yang diperolehi oleh ONIC PH, mereka masih belum berjaya untuk dapatkan kejuaraan di MPL PH. 3 kali memegang naib juara di MPL PH S4, S5 & S6. Kemaraan ONIC PH di M3 berhasil mengangkat nama mereka di persada dunia walaupun mereka Tewas di tangan Blacklist International. 

Sumber: ONIC PH

BTK

Menduduki kedudukan ketiga dalam dunia, BTK buktikan bahawa Kejohanan Dunia M Series bukan lagi tentang Asia Tenggara. Sebelum ini hanya pasukan Asia Tenggara sahaja yang menjadi perhatian kalau dalam scene Mobile Legends: Bang Bang. 

Tetapi di M3, BTK menunjukkan kemampuan yang mereka ada tanpa jurulatih & analisis. Tanpa penaja, mereka juga dapat banggakan scene kompetitif MLBB di Amerika Utara & nama pasukan mereka sendiri. 

Barisan pemain BloodThirstyKings terdiri daripada FwydChickn, MobaZane, ZIA, Huy, Victor & SHARK. Zia merupakan satu-satunya pemain yang datang dari Filipina.

Sumber: Mobile Legends Esports

EVOS SG 

Selain daripada Malaysia, Indonesia & Filipina, pasukan Singapura juga adalah pencabar utama scene kompetitif Mobile Legends. EVOS SG berjaya menduduki tempat keempat dunia di M3 yang merupakan pencapaian terbaik pasukan Singapura itu sepanjang mereka berada dalam scene kompetitif MLBB. 

Barisan pemain EVOS SG terdiri daripada 6 orang pemain iaitu Gear, Smokey, Potato, Seilah, Adammir & JPL. EVOS SG pernah menjuarai MPL MYSG S4 ketika bertemu dengan pasukan Malaysia, Todak MLBB

Sebelum ini, MPL Malaysia/Singapura digabungkan & pasukan Singapura banyak kali tunjukkan performa yang baik. Selepas MPL Malaysia & Singapura tidak lagi bergabung, EVOS SG terus mendominasi scene kompetitif Mobile Legends Singapura. 

Sumber: EVOS SG MY

Todak MLBB

Pasukan dari Malaysia, Todak MLBB adalah pasukan yang paling konsisten di Malaysia. Dari M1 sehingga M3, mereka berjaya kekalkan kemaraan di Kejohanan Dunia tersebut. Kalau di Malaysia, Todak memang antara pencabar terkuat.

Barisan pemain bagi pasukan Todak terdiri daripada Momo, Cikugais, Moon, 4Meyz, Yums, Ajiq & Moyy.

Todak pernah menjuarai MPL MYSG S6 apabila mereka berjaya tewaskan pasukan EVOS SG. Itu merupakan satu-satunya Kejuaraan yang mereka perolehi di MPL MY. Sama seperti ONIC PH, Todak juga memegang 3 kali naib juara di MPL MYSG S4, MPL MY S7 & MPL MY S8. 

Berjaya menamatkan kedudukan di tempat ke 5-6 dalam Kejohanan Dunia M3, pasukan Malaysia itu banyak kali membuktikan kemampuan mereka berlawan dengan pasukan-pasukan gergasi M3 yang lain. 

Sumber: Todak MLBB

RRQ Hoshi

Kalau dalam scene kompetitif MLBB di Indonesia, RRQ Hoshi memang antara yang paling kuat. Banyak sebenarnya pasukan-pasukan kuat di Indonesia tetapi RRQ Hoshi berhasil memegang kekuatan tersebut apabila mereka memegang Kejuaraan MPL ID selama 2 musim berturut — MPL ID S5 & MPL ID S6. 

Walaupun RRQ Hoshi menamatkan kedudukan mereka di tempat ke 5-6 di Kejohanan Dunia M3, pasukan itu banyak beri kejutan dan performa yang baik sepanjang M3 berlangsung. Pencapaian tertinggi yang mereka perolehi di M Series adalah ketika di M1 Championship (tempat kedua). 

Mereka memiliki barisan pemain yang sudah lama bersama dengan RRQ Hoshi. Sukar untuk menafikan chemistry yang mereka bina sepanjang 2-3 tahun bersama. Barisan pemain RRQ Hoshi terdiri daripada R7, Alberttt, Clayyy, Psychoo, Xinnn, Skylar, Liam, Vynnn, Lemon & Wizzking.

Sumber: Team RRQ

Itulah 6 pasukan Mobile Legends: Bang Bang Terbaik 2021 yang diambil dari pencapaian keseluruhan yang mereka capai ketika di M3 Championship.

Dari juara sehingga pasukan yang menduduki tempat ke-16, mereka adalah pasukan yang berhasil untuk naikkan scene kompetitif MLBB di negara mereka. Populariti bagi sesuatu scene kompetitif tidak hanya bergantung kepada permainan itu sahaja tetapi pasukan yang menyertainya.

Dengan adanya wakil dari wilayah/negara masing-masing di M Series atau kejohanan yang melibatkan pasukan dari Asia Tenggara, ia sekali gus memberi impak positif kepada scene kompetitif wilayah/negara itu.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *