MEMUAT

Taip untuk mencari

Bren Esports luaskan divisi MLBB, bawa masuk Bren Victress

atq_hyprgame
Kongsi

Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan MOBA yang telah pun mencipta nama dalam Asia Tenggara dengan adanya pasukan-pasukan hebat dari Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura & Kemboja. 

Kini, banyak negara sudah pun mengisi divisi MLBB mereka dengan pemain-pemain wanita. Sebenarnya perkara ini bukanlah perkara baru kerana Indonesia telah pun membawa masuk banyak pasukan MLBB wanita. Mereka juga banyak mengadakan kejohanan MLBB wanita seperti UniPin Series.

Bagi Malaysia, terdapat beberapa pasukan MLBB wanita yang pernah mengikuti kejohanan Indonesia dalam UniPin Series SEA Invitational seperti ROSE Ophelia (RSE).

Sumber: UniPin Series
Sumber: UniPin Series

IGN SEA Squad Up Athena beri peluang untuk rapatkan jurang antara lelaki & wanita dalam e-sukan.

IGN SEA Squad Up Athena merupakan kejohanan yang diadakan untuk pasukan MLBB wanita adalah untuk merapatkan lagi jurang di antara lelaki & wanita dalam industri e-sukan itu sendiri. Kejohanan ini adalah initiatif yang dilaksanakan oleh REV Media Group (RMG) melalui rangkaian permainan mereka iaitu IGN SEA untuk membawa kejohanan e-sukan khusus bagi wanita.

Pemenang bagi peringkat kebangsaan di Malaysia, Indonesia & Filipina akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM21,000. Bagi pemenang keseluruhan pula, pasukan itu akan membawa pulang sebanyak RM42,000. Kejohanan utama akan menampilkan 3 pasukan Indonesia, 3 pasukan Filipina & 2 pasukan Malaysia.

Sumber: IGN SEA

Bren Victress di peringkat akhir IGN SEA Squad Up Athena 

Dalam posting yang dimuat naik oleh Bren Esports, pasukan itu telah pun mengumumkan divisi MLBB wanita, Bren Victress yang berjaya ke peringkat akhir IGN SEA Squad Up Athena. 

Barisan pemain Bren Victress terdiri daripada 6 orang pemain iaitu Ashqt, Defrost, Lexaaa, Krish, Taro & Ashee. Mereka berjaya ke peringkat akhir selepas menewaskan Project-EVO-Fe dengan 3-0. 

Bagi Filipina, pasukan MLBB wanita di sana belum lagi sebesar pasukan MLBB wanita di Indonesia. Tetapi pasukan MLBB wanita Filipina pernah mengikuti kejohanan anjuran Indonesia iaitu di UniPin Ladies Series SEA Invitational. 

Sumber: Bren Esports

KARRA juara IGN SEA Squad Up Athena peringkat Malaysia, bawa pulang RM21,000

Pasukan Malaysia, KARRA, antara pasukan MLBB wanita terbaik Malaysia di kejohanan tersebut. Mereka telah pun membawa pulang sebanyak RM21,000 selepas menjadi juara IGN SEA Squad Up Athena peringkat Malaysia menewaskan pasukan On Air Pipol.

Kedua-dua pasukan ini akan meneruskan lagi perjalanan mereka di peringkat akhir IGN SEA Squad Up Athena bersama dengan 3 pasukan Indonesia & 3 pasukan Filipina.

8 pasukan ini akan berentap di peringkat akhir IGN SEA Squad Up Athena untuk merebut gelaran juara. Bagi pasukan Malaysia, akan ada satu pasukan yang bakal mengisi slot Malaysia di Mobile Legends Women’s Invitational 2022 anjuran ONE Esports. Namun, slot lengka untuk pasukan di Mobile Legends Women’s Invitational 2022 masih belum diumumkan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *