MEMUAT

Taip untuk mencari

BTR RA bakal membuat rombakan besar-besaran ?

Kongsi
BTR RA bakal membuat rombakan besar-besaran ?

Pelbagai khabar angin rombakan barisan pemain selepas transfer window dibuka, malah Bigetron RA juga dikhabarkan akan mempunyai rombakan besar-besaran, tetapi perkara itu telah mendapat jawapan daripada CEO mereka sendiri yang membantah khabar angin tersebut.

Memasuki tahun baharu dan musim baharu dalam mana-mana permainan kompetitif semestinya akan ada perubahan yang berlaku, dan itulah yang terjadi terhadap pasukan Bigteron RA setelah salah seorang daripada mereka akan berehat seperti yang diperkatakan oleh salah seorang daripada pemain itu.

Pencapaian pasukan BTR RA pada tahun lalu kurang memuaskan setelah mereka gagal untuk mengangkat mana-mana trofi sehingga netizen membuat kesimpulan bahawa pasukan itu harus dirombak semula untuk mencapai kejayaan pada musim hadapan.

ARTIKEL-BTR STARLEST
Credit : indoesport.com

Edwin Chia “Starlest” selaku CEO Bigetron telah memberikan penerangan berkenaan khabar angin yang melibatkan organisasinya dan telah membangkang sekeras-kerasnya terhadap khabar angin tersebut. Melalui siaran langsung yang dibuat oleh beliau di Nimo TV, Starlest telah menunjukkan bantahan keras bahawa tidak akan ada rombakan yang berlaku terhadap pasukan PUBG Mobilenya itu pada tahun ini.

Tambahan lagi, Starlest telah menyatakan bahawa project yang dilakukan adalah untuk jangka masa yang panjang dan bukannya melihat pencapaian dalam masa yang singkat.

“Gak ada yang rombak. Itu namanya projek, bukan sekali gagal langsung rombak full rosternya. Kecuali FF karena divisinya baru, semua divisi gak ada yang rombak besar-besaran” jelas Starlest.

“Kita udah capek-capek bangun pondasinya setahun. Karena gagal angkat piala udah itu rombak. Buat apa? Itu satu tahunnya sia-sia,” tambah Starlest.

Kenyataan yang dibuat oleh Starlest jelas menunjukkan bahawa pasukan yang dibentuk sekarang untuk masa yang panjang sebelum mencapai kejayaan, lebihan lagi Bigetron telah mempersiapkan pasukannya 1 tahun untuk menghadapi musim baharu ini.

Petikan ini diambil daripada indoesport.com

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *