MEMUAT

Taip untuk mencari

Ryzen bakal tinggalkan Bigetron Red Aliens?

Kongsi
Ryzen bakal tinggalkan Bigetron Red Aliens?

BTR Ryzen atau nama sebenarnya Muhammad Albi, merupakan pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Bigetron Red Alien dari tahun 2018. Beliau telah mencipta nama bersama pasukan itu daripada mulanya karier beliau sebagai pemain profesional dan telah memperolehi banyak pencapaian bersama skuad itu.

Pemain yang berkaliber seperti Ryzen semestinya menjadi tumpuan di dalam mana-mana kejohanan rasmi yang pernah dimainkannya. Beliau yang memegang role sebagai rusher pasukan itu telah menunjukkan kebolehannya yang sangat tinggi daripada pemain yang lain.

Walaupun begitu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahwa pemain yang berpengalaman ini akan berehat daripada scene kompetitif profesional untuk waktu yang panjang, setelah skuad beliau gagal untuk melanjutkan perjalanan di kejohanan PMGC 2021 yang sedang berlangsung ini.

Namun, terdapat juga khabar angin bahawa Ryzen bakal berpindah ke pasukan lain bagi melanjutkan perjalanannya di scene kompetitif dengan semangat baharu di musim yang akan datang. Malahan, bapanya sendiri telah membuat story yang bertulis “ada pertemuan pasti ada perpisahan” dan meletakkan gambar skuad Bigetron Red Aliens di dalam storynya itu.

Credit : YT Gaming Malaya

Netizen telah membuat pelbagai spekulasi apa yang bakal terjadi terhadap pemain handalan Bigetron Red Aliens di masa akan datang, pemain yang berkualiti dan juga merupakan bekas juara PMCO Global, pastinya menjadi rebutan organisasi-organisasi di luar sana.

Dikhabarkan bahawa Ryzen akan bersama rakan sepasukan lamanya iaitu Microboy di pasukan EVOS ID di musim akan datang, dan bukan itu sahaja khabar tentang Ryzen bersama RRQ juga turut tersebar di kalangan komuniti PUBG Mobile Indonesia.

Walau bagaimanapun, tiada apa-apa pengumuman yang telah dibuat oleh kedua-dua organisasi tersebut, Ryzen juga tidak menceritakan selebihnya kepada peminat tentang perjalanan beliau bersama skuad gergasi Indonesia itu, di masa yang akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *