MEMUAT

Taip untuk mencari

Alamak SoulGaming buat hal lagi ?

Kongsi
Alamak SoulGaming buat hal lagi ?

Sekali lagi nama SoulGaming menjadi perbualan hangat di kalangan komuniti PUBG Mobile serta mendapat beberapa perhatian daripada beberapa orang ternama dalam e-sukan tanah air.

Isu terbabit menjadi lebih hangat apabila pengulas profesional OnTheGo membuat ciapan di Facebook miliknya berkenaan sikap SoulGaming yang telah menyumpah kaumnya sendiri setelah berang dengan sikap netizen yang memanggilnya “Paedophilia” secara berterusan semasa dia sedang melakukan siaran langsung.

Credit : FB OnTheGo Productions

Kepanasan yang dibuat oleh SoulGaming sebelum ini masih belum reda di kalangan netizen yang masih tidak lupa dengan tindakan yang dibuatnya sebelum ini. Bukan sekali, nama Soulgaming terpalit dengan drama hangat dan mendapat kecaman teruk daripada netizen malah mendapat perhatian daripada beberapa pemain profesional tanah air.

Credit : YT Anynomous Gaming

Sebagai seorang penghibur yang ingin menjana pendapatannya melalui platform tertentu, semestinya ada jalan penyelesaian bagi membendung sikap negatif yang dibawa oleh sesetengah individu yang mengeruhkan keadaan. Tetapi berbalik kepada sikap diri sendiri, sekiranya kita tidak menjadi pencetus maka tiadalah api membara, dan tidaklah perlu seseorang itu menyumpah demi keburukkan orang lain.

Soulgaming yang sebelum ini telah kesal dengan perbuatan yang dibuatnya dan mencuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diri sendiri. Facebook telah menyediakan pelbagai alternatif bagi menangani toxicity di platform gamingnya sendiri, penghibur boleh menyekat dan menghalang individu daripada terus mengeruhkan keadaan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *