MEMUAT

Taip untuk mencari

MWI 2022: Malaysia ada slot! 10 pasukan wanita MLBB di MWI

atq_hyprgame
Kongsi

Mobile Legends: Bang Bang Women’s Invitational (MWI) 2022 merupakan kerjasama di antara MOONTON Games & ONE Esports bagi mendorong wanita untuk menunjukkan keterampilan mereka dalam pemainan e-sukan ini. 

Kejohanan yang bakal diadakan secara online ini akan membawakan 10 pasukan jemputan MLBB wanita terbaik Asia Tenggara dari 7 wilayah berbeza; Malaysia, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Kemboja & Thailand.

10 pasukan ini akan merebut kumpulah hadiah yang ditawarkan dalam Mobile Legends: Bang Bang Women’s Invitational (MWI) 2022 sebanyak $15,000 USD bermula dari 27 Januari sehingga 30 Januari. 

WilayahPasukan
MalaysiaKARRA, On Air Pipol
FilipinaBren Esports, OMEGA Esports
IndonesiaBelletron Era, GPX Basreng
KembojaImpunity Starlet
SingapuraLugiami
LaosIDNS Princess
ThailandIDNS Elsa

Buat masa kini, tiada lagi informasi lengkap mengenai pasukan lengkap yang akan mewakili setiap wilayah. Mungkin pasukan terbaik dari IGN SEA Squad Up Athena akan memenuhi slot Indonesia, Filipina & Malaysia. 

Kami di Hyprgame akan mengemaskini semula penyertaan lengkap 10 pasukan di MWI 2022 selepas pihak penganjur mengumumkan senarai lengkap, format & roster pasukan MLBB wanita bagi 7 wilayah Asia Tenggara yang dipertandingkan.

SumberL ONE Esports

Apa itu Mobile Legends: Bang Bang Women’s Invitational (MWI) 2022?

MWI 2022 ialah kejohanan Mobile Legends online yang memfokuskan kepada pemain pro wanita di Asia Tenggara. Ia bertujuan untuk “meraikan kekuatan & pemerkasaan wanita” menurut Pengarah Urusan Global Esports, MOONTON Games Lucas Mao.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ONE Esports, Carlos Alimurung,

“Di ONE Esports, misi kami adalah untuk berkongsi & meraikan kisah wira e-sukan yang menyemarakkan dunia dengan harapan, kekuatan, impian & inspirasi. MWI dilancarkan untuk meraikan wira wanita yang memberi inspirasi & memberi mereka platform untuk mempamerkan bakat mereka. Mewujudkan peluang untuk wanita di seluruh ekosistem e-sukan akan membolehkan komuniti berkembang.”

Format MWI 2022 akan mengikuti format seperti kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup di mana 10 pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan secara rawak; Kumpulan A & Kumpulan B.

Setiap pasukan akan disenaraikan berdasarkan jumlah mata terkumpul dari perlawanan masing-masing & 4 pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan meneruskan perjalanan mereka ke playoffs.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya