MEMUAT

Taip untuk mencari

BTR Zuxxy menganggap perkara ini memalukan sekali !

Kongsi
BTR Zuxxy menganggap perkara ini memalukan sekali !

Made Bagas Pramudita atau lebih dikenali sebagai “Zuxxy” merupakan anggota pasukan Bigetron Red Aliens telah meluahkan rasa kesalnya terhadap khabar angin yang mengatakan bahawa pasukan itu akan mendapat jemputan secara langsung ke pusingan Grand Final PMGC 2021 yang bakal diadakan nanti.

Perkara itu telah tular selepas pelbagai spekulasi yang dibuat oleh netizen selepas mengetahui salah satu pasukan yang akan bertanding nanti telah menghadapi halangan selepas ahli mereka dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Zuxxy menekankan bahawa pasukan mereka tidak akan dijemput untuk ke acara Grand Final tersebut, dan perkara itu amat memalukan bagi skuad mereka selepas mereka hanya mendapat tempat ke 16 semasa kejohanan liga PMGC. Jelas Zuxxy lagi, pasukan mereka bertanding di liga PMGC EAST manakala pasukan yang tidak bermain itu di liga PMGC WEST, tidak mungkin slot akan diberikan kepada mereka.

Credit : YT Farr Channel

Meskipun, pasukan Bigetron Red Aliens di jemput untuk bertanding di pusingan Grand Final PMGC 2021 nanti, semestinya ia mengundang kebencian terhadap pasukan-pasukan di seluruh dunia. Justeru, Bigetron tidak ingin memburukkan nama organisasinya dengan berlaku curang bagi mendapatkan tempat di pusingan Grand Final itu nanti.

Bagi Zuxxy kekalahan bermaksud kalah tidak perlu membawa khabar angin yang tidak masuk akal, beliau menerima kekalahan di tempat ke 16 dengan hati terbuka dan bakal bertanding lebih bersungguh-sungguh di musim yang akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *