MEMUAT

Taip untuk mencari

“Ada yang akan berehat tapi saya tak nak beritahu siapa” — BTRZuxxy

atq_hyprgame
Kongsi

Powerhouse Indonesia iaitu Bigetron Red Aliens (BTR) yang banyak mencipta sejarah dalam scene kompetitif PUBG Mobile tidak lepas untuk mara ke Grand Finals PMGC 2021 selepas pasukan itu menamatkan keseluruhan Liga Akhir Timur di kedudukan ke-16. 

Barisan pemain BTR terdiri daripada BTRZuxxy, BTRLuxxy, BTRRyzen, BTRLiQuiD, BTRKinGzz & BTRuHigh

Untuk pasukan gergasi seperti BTR tidak lepas ke Grand Finals PMGC 2021 agak mengejutkan kerana mereka merupakan pasukan terkuat di Indonesia & sukar untuk lihat mereka dalam prestasi yang kurang baik.

Sumber: Bigetron Esports

Tetapi untuk kali ini, BTR memang dalam keadaan yang sukar. Kalau dalam permainan, boleh nampak bahawa permainan yang mereka bawa serba tidak menjadi. Sebelum ini, BTRRyzen ada mengatakan bahawa BTR sedang melalui masa yang sukar.

Terbaru, mengikuti live streaming BTRZuxxy di Nimo TV, in game leader bagi pasukan BTR itu mengatakan bahawa rumor tentang pemain BTR yang akan berehat dari scene kompetitif itu betul.

“Rumor tentang pemain yang ingin rehat itu memang betul, tetapi aku tidak mahu menyebutkan namanya,”

Menurut BTRZuxxy, beliau masih mahu meneruskan perjuangan dalam scene kompetitif PUBG Mobile kerana usianya yang masih muda.

“Tetapi aku fikir bahawa semua tidak akan pencen dari kompetitif untuk saat ini kerana usia kita masih cukup muda. Kita masih punya banyak kesempatan di hadapan,”

Sumber: Nimo TV BTR Zuxxy

Mereka sudah lama berada di dalam scene kompetitif PUBG Mobile. Mungkin ketidakberadaan mereka di Grand Finals PMGC 2021 membolehkan pemain BTR berehat sebentar dari dunia kompetitif.

Pasukan Indonesia ini telah pun membina nama mereka sejak dari tahun 2018. Kejuaraan yang mereka perolehi ketika di PUBG Mobile World League Season 0: East pada tahun 2020 membuktikan bahawa mereka adalah pasukan PUBG Mobile terbaik di Asia Tenggara. 

Perjalanan mereka untuk mengangkat nama BTR & Indonesia di pentas global masih diteruskan apabila mereka menduduki tempat kedua di PUBG Mobile Global Championship S0 – League Stage juga pada tahun 2020. 

Comeback stronger, BTR!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *