MEMUAT

Taip untuk mencari

Duo Tachibana sebab Ryzen lanjutkan kontrak dengan BTR

atq_hyprgame
Kongsi

Seperti yang kita tahu, 3 orang pemain Bigetron RA; Ryzen, Luxxy & Zuxxy merupakan rakan baik sejak dari dulu lagi. Duo Tachibana iaitu Luxxy & Zuxxy adalah antara pemain pertama yang debut di dalam pasukan Bigetron RA pada tahun 2018. 

Pada tahun yang sama juga, Bigetron RA telah membawa masuk Ryzen untuk sertai pasukan itu pada bulan November 2018. Namun, penggabungan Ryzen bersama dengan Bigetron RA adalah disebabkan oleh Luxxy. 

Sumber: Bigetron Esports

Luxxy ajak Ryzen bergabung dengan Bigetron RA 

Perjumpaan Luxxy bersama dengan Ryzen adalah melalui rakan Luxxy. Ketika itu Luxxy ada melihat livestream Ryzen & meminta rakannya membantu mengajak Ryzen bermain bersama di map Miramar. Dengan skill yang ada pada Ryzen, Luxxy merasakan bahawa beliau memiliki potensi yang besar untuk berjaya dalam bidang e-sukan.

Dari situ, Luxxy terus mengajak Ryzen untuk bergabung dengan Bigetron RA bagi divisi PUBG Mobile. Pada ketika itu, Ryzen secara terus memberitahu Luxxy bahawa beliau setuju. Sebenarnya, pertemuan Luxxy & Ryzen memang secara spontan — ketika bermain klasik di Miramar!

Dan, terciptalah kontrak antara Bigetron RA & Ryzen. Mudah! Luxxy juga menyatakan bahawa pada ketika itu beliau tidak tahu bahawa Ryzen mendapat tawaran dari organisasi e-sukan, RRQ. Tetapi, Ryzen tidak menolak untuk bergabung dengan Bigetron RA. 

Termasuk tahun ini, Ryzen sudah 5 tahun bersama dengan Bigetron RA, sama seperti duo Tachibana, Luxxy & Zuxxy. Jadi, keakraban ketiga-tiga sahabat ini tidak boleh disangkal lagi. Sebab itu, Luxxy & Zuxxy antara salah satu punca Ryzen melanjutkan kontrak beliau. 

Sumber: Bigetron Esports

Ryzen sambung kontrak dengan Bigetron RA sebab Luxxy, Zuxxy

Kalau dulu, kita boleh lihat Luxxy, Zuxxy, Ryzen & Microboy bukan sebagai satu pasukan tetapi keluarga. Dan, ketiadaan Microboy memang memberi impak kepada peminat & mungkin juga Ryzen kerana mereka adalah duo paling serasi dalam Bigetron RA. 

Jika Ryzen juga meninggalkan Bigetron RA, mungkin Bigetron RA tidak lagi seperti dulu. Mereka sudah membina nama di dalam pasukan itu sejak 5 tahun yang lalu (Bigetron Esports ditubuhkan pada tahun 2017). Jadi, untuk Ryzen menamatkan perjalanan beliau di Bigetron RA mungkin sedikit mustahil walaupun ada organisasi e-sukan yang menginginkan beliau.

Ada yang bertanya, jika duo Tachibana juga keluar dari Bigetron RA, adakah Ryzen juga akan mengikuti jejak langkah mereka? 

“80% ya. Saya bertahan juga sebab si kembar.” — BTRRyzen 

Dalam Nimo TV Ryzen, beliau menyatakan bahawa si kembar adalah punca kenapa beliau melanjutkan kontrak. Selain itu, punca utama adalah untuk melihat roster Bigetron RA itu sendiri di kejohanan yang akan datang. Ryzen juga menyatakan bahawa perpanjangan kontrak ini akan membuatkan peratusan beliau di dalam roster utama Bigetron RA itu tinggi. 

Sumber: RE BUDDY

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *