MEMUAT

Taip untuk mencari

Ini adalah saat paling sukar buat BTR RA – Ryzen

Kongsi
Ini adalah saat paling sukar buat BTR RA - Ryzen

Pemain Bigetron Red Aliens Ryzen telah menceritakan sedikit sebanyak berkenaan pasukannya yang sedang melalui masa yang amat sukar untuk mereka. Ryzen atau nama sebenarnya Muhammad Albi selaku pemain utama yang memegang role rusher itu, menghadapi sedikit kepayahan di kejohanan PMGC 2021.

Bukan sekadar Ryzen, malah rakan sepasukannya juga menghadapi masa yang sukar seolah tidak boleh memberikan prestasi yang baik sepanjang kejohanan berlangsung. Ini adalah musim yang susah untuk mereka bermula daripada kejohanan PMPL ID yang membuatkan mereka hampir tidak melayakkan diri ke PMGC 2021.

Credit : YT Bin Ladan

Menurut Ryzen, pasukannya telah memberikan sepenuhnya akan tetapi perkara itu seakan tidak mengikut kehendak mereka. Malah jurulatih mereka Jangs dan Galangs telah melakukan analisis terhadap pasukan yang menerima jemputan daripada PEC 2021 iaitu Tong Jia Bao Esport, tetapi perkara itu seakan tidak berguna selepas pasukan China itu kerap menukar strategy mereka berkali-kali dalam satu hari.

Walau bagaimanapun, prestasi BTR RA di liga tidak memuaskan kehendak hati mereka dan peminat. Ryzen mengatakan bahawa ini adalah nasib yang buruk buat mereka, tetapi mereka akan memberikan yang terbaik di pusingan Grand Final dan akan merangkul gelaran juara dunia pada tahun ini.

Pasukan Bigetron Red Aliens diwakili oleh :-

  • Zuxxy – Made Bagas Pramudita
  • Luxxy – Made Bagus Prabaswara
  • Ryzen – Muhammad Albi
  • LiQuiD – Leander Deusfiel
  • KinGzz – Galang Yoga Adhitama
  • uHigh – Muhammad Dhiya Ulhaq

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *