MEMUAT

Taip untuk mencari

SEA EC 2021: 3 e-sukan bereputasi & Wild Rift bagi wanita

atq_hyprgame
Kongsi

SEA eSports Championship 2021 (SEA EC 2021) akan membawakan pasukan Asia Tenggara dari 10 wilayah yang berbeza. 

Kejohanan ini merupakan kejohanan rasmi pertama diadakan oleh Vietnam. Vietnam Recreational eSports Association (VIRESA) & VNG Corporation merupakan penganjur utama bagi SEA EC 2021

Sumber: SEA Esports Championship

SEA EC 2021 akan mempamerkan 3 e-sukan bereputasi tinggi iaitu Valorant, PUBG Mobile & Wild Rift.

Setiap kategori; Wild Rift, PUBG Mobile & Valorant  akan membawa 2 buah pasukan sahaja. Bagi Wild Rift, 2 pasukan itu akan dipecahkan kepada dua iaitu pasukan lelaki & wanita.

Kejohanan ini juga membawakan sedikit kelainan bagi kategori Wild Rift di mana SEA EC 2021 akan memberi peluang buat pasukan Wild Rift wanita menunjukkan bakat mereka. 

Kumpulan hadiah yang ditawarkan oleh SEA EC 2021 adalah sebanyak $141,600 USD (kira-kira RM 600,000).

Sumber: SEA Esports Championship

Apa itu SEA eSports Championship 2021 (SEA EC 2021)

SEA eSports Championship 2021 adalah kejohanan e-sukan bagi pasukan-pasukan Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Vietnam. 

Antara wilayah Asia Tenggara yang akan mengikuti kejohanan ini adalah: 

  • Vietnam
  • Malaysia
  • Singapura
  • Thailand
  • Indonesia
  • Filipina
  • Cambodia
  • Laos
  • Brunei 
  • Myanmar

SEA EC 2021 diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada atlet-atlet e-sukan mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan SEA ke-31 yang dianjurkan oleh Vietnam.

2 daripada 3 e-sukan yang dipertandingkan di SEA EC 2021; PUBG Mobile & Wild Rift merupakan sukan pingat rasmi di Sukan SEA ke-31 nanti. 

Acara utama Sukan SEA ke-31 akan diadakan pada 12 Mei 2022 sehingga 23 Mei 2022.

Saringan bagi Wild Rift, PUBG Mobile & Valorant 

Pasukan yang akan mewakili wilayah mereka untuk pertandingan PUBG Mobile, Wild Rift & Valorant akan melalui pusingan kelayakan. 

Pusingan kelayakan telah dijadualkan pada November & Disember dengan penyertaan sebanyak 52 pasukan yang mewakili 10 wilayah. Pusingan akhir akan berlangsung pada Januari 2022.

Berikut merupakan jadual dan aliran kejohanan SEA EC 2021:  

Sumber: SEA Esports Championship

Berikut merupakan 10 wilayah yang akan mewakili PUBG Mobile, Wild Rift & Valorant bersama dengan bilangan pasukan: 

Sumber: SEA Esports Championship
Sumber: SEA Esports Championship

Berikut merupakan kumpulan hadiah bagi PUBG Mobile, Wild Rift & Valorant: 

Sumber: SEA Esports Championship

Untuk maklumat lebih lanjut tentang SEA eSports Championship 2021 (SEA EC 2021) yang akan buka arena mereka pada 2 Januari 2022 ini, boleh ikuti laman rasmi Facebook SEA Esports Championship.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *