MEMUAT

Taip untuk mencari

Yoodo Alliance sponsor baharu 4Rivals?

Kongsi
Yoodo Alliance sponsor baharu 4Rivals?

Pasukan 4Rivals merupakan pasukan yang mewakili Malaysia di kejohanan PMGC 2021 bersama pasukan Secret nanti. Seperti yang kita tahu mereka telah bertungkus lumus daripada PMPL MY/SG hingga ke peringkat sekarang.

Momentum yang ditunjukkan oleh 4Rivals dalam setiap kejohanan semestinya yang terbaik untuk mencapai peringkat global. Pasukan 4Rivals yang diwakili oleh Rith, Eypul, Appy dan Pemburu. Manakala jurulatih mereka adalah Pasha.

Seperti kita sedia tahu pasukan 4Rivals sebelum ini merupakan pasukan Dingoz MPX yang ditaja khas oleh Dingoz. Pada bulan August lalu pasukan ini telah diambil alih dan dinamakan sebagai 4Rivals yang bertapak di Bangi, Selangor.

Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan gambar salah seorang pemain 4Rivals iaitu Rith yang sedang memakai jersey rasmi mereka dengan tambahan logo baharu di bahagian kanan dada jersey itu. Gambar itu menimbulkan tanda tanya terhadap komuniti, perkara ini terjadi selepas 4Rivals menukar logo lama mereka ke logo yang baharu.

Sekiranya pasukan 4Rivals telah ditaja oleh Yoodo Alliance, adakah barisan pemain Yoodo Alliance yang sebelumnya telah dibubarkan?. Walau bagaimanapun, perkara ini belum lagi di umumkan secara rasmi oleh pihak 4Rivals mahupun Yoodo Aliance. 

Sebelum ini, pemilik pasukan 4Rivals Sir Hafiz telah menekankan bahawa pasukan itu tidak akan sesekali menukar nama mereka walaupun terdapat pihak yang ingin menaja mereka sepenuhnya. Beliau ingin mengekalkan nama itu hingga ke akhirnya.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *