MEMUAT

Taip untuk mencari

Farewell! Mali & Eavy rasmi tinggalkan Suhaz Esports

atq_hyprgame
Kongsi

Organisasi e-sukan Mobile Legends, Suhaz Esports telah mengumumkan bahawa Mali & Eavy kini tidak lagi berkhidmat untuk pasukan tersebut. 

Danial Arif Mohd Judin atau lebih dikenali sebagai Eavy tidak lagi bersama dengan Suhaz Esports. Eavy sudah pun bersama dengan pasukan tersebut selama 2 musim. 

Seperti yang sedia tahu, Ezzy Esports telah pun melalui penjenamaan semula yang membawa organisasi e-sukan itu mengubah nama mereka kepada Suhaz Esports

Sumber: Suhaz Esports

Pada awalnya, organisasi e-sukan itu hanya mengumumkan pengeluaran Eavy dari Suhaz Esports. Namun, berita itu diikuti oleh Mali. 

Muhamad Raziq Muhamad Bukhari atau Mali merupakan pemain baru bagi Suhaz Esports. Beliau hanya bersama dengan organisasi e-sukan itu selama satu musim sahaja. 

Sumber: Suhaz Esports

Mali yang memegang posisi sebagai support banyak membantu Suhaz Esports selama MPL Musim 8 berlangsung. Sebelum ini, beliau pernah menyumbangkan tenaga buat pasukan Orange Esports.

Walaupun Suhaz Esports belum ada rezeki lagi untuk dominasi arena MPL sebagai juara atau mewakili Malaysia di kejohanan dunia MLBB, mereka mampu membuktikan kemaraan mereka di lower bracket playoffs MPL S8. 

Berikut merupakan barisan pemain Suhaz Esports yang masih bersama: 

  • Muhamad Fadhil Bin Hishamuddin — Padel
  • Muhammad Hazim Bin Zulkifli — D.Ace
  • Muhammad Redzuwan Rosli — Hyhy
  • Hadiazwan Bin Rosli — Box
  • Muhammad Azri Bin Jamaludin — AJ

Selamat maju jaya buat Mali & Eavy di dalam pasukan baru yang akan datang!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya