MEMUAT

Taip untuk mencari

Cloud9 White menandatangi Bob sebagai ganti Annie

Kongsi
Cloud9 White menandatangi Bob sebagai ganti Annie

Pasukan Cloud9 telah melepaskan pemainnya Annie Roberts yang telah bersama divisi Cloud9 White selama setahun lebih dan akan lebih memfokuskan kepada bidang content creators.

Annie sebelum ini telah mencampai kejayaan yang terbaik sepanjang bersama pasukannya Cloud9 white di dalam kejohanan VCT NA Game Changers. Dia bersama pasukannya telah memenangi empat kejohanan Game Changers sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Annie telah memberi konfirmasi berkenaan pengundurannya daripada pasukan melalui TwitLonger yang agak mengejutkan para peminat. Keputusannya dibuat setelah mempertimbangkan pekerjaan hariannya dan pada masa yang sama harus memfokuskan kepada latihan pasukannya. 

“Saya fikir ia adalah jelas ke mana ini pergi; bekerja secara obsesif selama 70 jam seminggu memusnahkan kesihatan mental dan motivasi saya dari masa ke masa, sehingga akhirnya saya menjadi sangat muak bermain, ” jelas Annie. “Saya juga berasa seperti berikutan ini, saya menjadi seorang pemain dan tidak bertambah baik, yang membuatkan saya berasa lebih teruk dan menambahkan lagi kemerosotan mental saya.”

Annie kini beralih ke platform penstriman buat organisasi Cloud 9. Dia menyatakan akan bermain pelbagai permainan video dan dalam pada masa yang sama ia akan menciptakan kandungan permainan yang menghiburkan sambil menstabilkan kehidupan harian dan kesihatannya.

Pasukan Cloud 9 White semestinya telah mempertimbangkan pengunduran Annie daripada pasukan dan telah menggantikan tempatnya oleh Bob Tran, bekas pemain pasukan Soniqs. Bob merupakan pemain yang berbakat yang ramai menyangkan akan menyertai mana-mana pasukan lelaki dan pada akhirnya di memilih untuk bersama pasukan Cloud9 White.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *