MEMUAT

Taip untuk mencari

LUXXY98 akan dikeluarkan dari pasukannya EVOS ViP

Kongsi
LUXXY98 akan dikeluarkan dari pasukannya EVOS ViP

EVOS ViP pasukan PUBG Mobile daripada Malaysia yang telah ditaja secara rasminya oleh Evos Esport yang berpusat di Indonesia. Barisan pemain mereka diwakili oleh Yakuza, Hyqul, Razor, xSamZ, InSomnus dan LUXXY98. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang berkaliber di antara pasukan-pasukan yang ada di Malaysia, nama mereka selalu ada di kebanyakan kejohanan rasmi yang dianjurkan.

Baru-baru ini salah seorang daripada pemain mereka Luxxy98 atau nama sebenarnya Muhammad Danial Shahrom telah memperjelaskan bahawa beliau dibekukan daripada bermain di dalam sebarang kejohanan rasmi bersama pasukannya malahan scrim bersama pun tidak dibenarkan sama sekali.

Luxxy98 akan dibekukan sehingga tarikh tamat kontraknya bersama organisasi itu. Disebabkan beliau dibawah organisasi yang besar, Luxxy98 diminta untuk menunggu daripada melanggar sebarang perjanjian yang dibuat diantara mereka.

Luxxy98 merupakan IGL dan juga Scouter/Support bagi pasukan EVOS ViP itu untuk sekian lamanya. Beliau juga merupakan bekas pemain NED BrotherHood sebelum memasuki EVOS ViP pada bulan Mei 2020.

Walau bagaimanapun, beliau masih lagi belum memberi hint ataupun klu terhadap kariernya selepas ini. Tarikh tamatnya kontrak LUXXY98 juga tidak dijelaskan, adakah Luxxy98 akan meneruskan karriernya di PUBG Mobile atau sebaliknya?.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *