MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL SEA: Team Secret juara SEA S4, pasukan terbaik Asia Tenggara!

atq_hyprgame
Kongsi

Akhirnya! Malaysia kembali memegang kejuaraan PMPL SEA S4 apabila Team Secret dinobatkan sebagai juara PMPL SEA Championship Season 4! 

Team Secret muncul juara selepas merekodkan 202 mata dengan memungut sebanyak 89 mata singkir. Team Secret telah pun mendominasi di kedudukan pertama sejak hari pertama grand finals bermula. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Konsistensi yang mereka bawa dari hari pertama sehingga hari terakhir grand finals mengukuhkan lagi kedudukan mereka di dalam carta serta pengambilan takhta juara SEA S4. 

Juara PMPL SEA Championship S4 akan membawa pulang kumpulan hadiah sebanyak $30,800 USD

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

MVP bagi SEA S4 telah diberikan kepada pemain bagi pasukan Bigetron Red Aliens, BTRLuxxy atas performa yang baik ditunjukkan oleh beliau sepanjang 15 pusingan dimainkan. Luxxy akan menerima wang tunai sebanyak $6,000 USD

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pada hari pertama grand finals, Team Secret berjaya mendapatkan tempat di kedudukan di tempat pertama. Jurang mata yang dibina oleh Team Secret pada hari pertama tidaklah terlalu jauh dengan pasukan yang berada di bawah mereka. 

Di hari kedua, Team Secret sangat konsisten. Mereka berjaya mendapatkan 2 Chicken Dinner dan kekal konsisten pada 3 pusingan yang lain. Disebabkan oleh konsistensi yang dibawakan oleh Team Secret, mereka telah pun membina jurang mata yang besar. 

Walaupun gagal untuk mara ke Minggu Terakhir Super Weekend ketika di liga SEA S4, Team Secret berjaya membutikan performa terbaik mereka di grand finals.

Tidak dapat dinafikan, Team Secret merupakan pasukan kebanggaan Malaysia. Banyak mencipta sejarah dan nama di Asia Tenggara, hasil kerja keras yang harus diberi pujian! 

4Rivals juga akan bersama-sama Team Secret di PMGC 2021 setelah berjaya mendapatkan kutipan mata tertinggi (68 mata) di hari terakhir SEA S4.

Disebabkan Team Secret dan FaZe Clan telah pun mendapatkan slot ke PMGC, 3 slot yang lain akan diberikan kepada pasukan yang berada di bawah mereka. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Geek Fam yang telah pun menamatkan kedudukan di tempat kedua di hari kedua grand finals berlangsung tidak berjaya mengekalkan konsistensi mereka di hari terakhir. Pasukan itu hanya berjaya memungut sebanyak 6 mata di 5 pusingan terakhir grand finals. 

Perbezaan 2 mata dengan pasukan MSC menewaskan mereka untuk mewakili Malaysia ke PMGC 2021. Tentunya mereka sedikit kecewa dengan pencapaian yang diperolehi kerana Geek Fam antara pasukan yang diharapkan untuk menjadi wakil kedua Malaysia ke PMGC 2021.  

Tetapi, kesemua pasukan Malaysia telah pun memberikan performa yang sangat baik di PMPL SEA Championship S4. Ini juga merupakan kejohanan SEA yang terbaik ditunjukkan oleh kesemua pasukan Malaysia. 

Secara peribadi, ini merupakan kemenangan kedua Asia Tenggara yang diperolehi oleh Jumper dan Fredo. Mereka pernah menjuarai SEA S1 ketika mereka masih bersama dengan Yoodo GANK (SEM9 GANK).

Kini, mereka sekali lagi bersama-sama mendapatkan kejuaraan SEA S4 untuk Team Secret. Kedua-dua pemain Team Secret ini banyak mencipta nama sepanjang karier mereka sebagai pemain profesional PUBG Mobile.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *