MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Liga SEA Championship S4 akan melabuhkan tirai mereka tidak lama lagi. 29 Oktober sehingga 31 Oktober ini merupakan minggu terakhir Super Weekend berlangsung. 

Hanya 16 pasukan terbaik sahaja yang dapat mara ke Grand Finals PMPL SEA Championship S4 bagi merebut gelaran juara dan pasukan PUBG Mobile terbaik Asia Tenggara.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pencabar-pencabar liga SEA Championship S4 sememangnya terdiri daripada pasukan-pasukan yang mampu memberi saingan di grand finals nanti. 

Dari apa yang dilihat, terdapat 6 pasukan yang bakal mencabar kedudukan di liga bagi merebut slot ke PMGC. Peluang yang diberikan oleh pasukan-pasukan SEA S4 iaitu merebut satu slot PMGC di liga merupakan satu peluang yang tidak boleh disia-siakan. 

Di Grand Finals PMPL SEA Championship S4 nanti, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Jadi, memberi performa yang sehabis baik di liga sangatlah diperlukan. 

6 pasukan manakah yang dikatakan bakal menjadi pencabar liga? 

Senarai 6 pasukan ini tidak termasuk pasukan The Infinity walaupun kedudukan keseluruhan Super Weekend mereka berada di kedudukan kedua. Ini kerana The Infinity sudah pun mempunyai slot ke PMGC. 

Dan jika The Infinity menjuarai liga, mereka akan memberikan slot tersebut kepada pasukan yang berada di bawah mereka.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

1. EVOS Reborn

EVOS Reborn antara pasukan yang sangat ditakuti ketika di Super Weekend. Sepanjang 2 minggu liga SEA S4 berlangsung iaitu sebanyak 30 pusingan dimainkan, pasukan ini berjaya mendapatkan 4 Chicken Dinner.

Walaupun tidak berjaya mendapatkan slot ke PMPL S4, tetapi mereka menunjukkan kemampuan, kebolehan dan kelebihan mereka di SEA Championship S4. Di Weekday, EVOS Reborn tidak begitu menyerlah tetapi mereka memberikan yang terbaik di Super Weekend.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

2. Geek Fam

Pasukan Malaysia, Geek Fam juga tidak kurang hebatnya. Kedudukan terkini mereka sepanjang 2 minggu liga berlangsung adalah di kedudukan ke-3 berbekalkan 2 Chicken Dinner. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Perbezaan mata Geek Fam dengan pasukan The Infinity adalah sebanyak 7 sahaja. Dengan 1 Chicken Dinner, Geek Fam mampu untuk memecut kedudukan The Infinity. 

Geek Fam sememangnya mahu mengejar slot PMGC di pentas liga. Mereka juga sering membuka arena dengan Chicken Dinner. Walaupun di Weekday Geek Fam kelihatan kurang memberikan saingan, namun mereka sering memberi permainan yang baik di Super Weekend. 

3. 4Rivals

Pasukan yang mempunyai 4 orang pemain tanpa pemain simpanan iaitu 4Rivals sering kali mengejutkan komuniti PUBG Mobile Malaysia dengan permainan yang sangat berkualiti. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Mereka boleh dikatakan pasukan yang baik di Weekday dan juga Super Weekend. Mengharapkan slot ke PMGC, 4Rivals benar-benar menunjukkan kemampuan mereka ketika di Super Weekend. 

Pernah mendapatkan back-to-back Chicken Dinner, pasukan ini berjaya meraih Chicken Dinner terbanyak selepas pasukan The Infinity. 4Rivals menjadi antara pencabar liga terkuat dari Malaysia.

4. Axis RedOne

Terdiri daripada pemain yang pertama kali membuat debut di SEA Championship, Vokey berjaya membawa pasukan mereka ke pentas global. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Walaupun Axis RedOne tidaklah memberi performa yang baik ketika Minggu Pertama liga, namun mereka berusaha untuk comeback dan berjaya mendapatkan Chicken Dinner yang pertama di Minggu Kedua Super Weekend

Axis RedOne merupakan pencabar utama pasukan-pasukan Malaysia ketika di PMPL S4. Jika mereka mampu untuk merebut slot ke PMGC, pasukan ini akan menjadi pasukan yang mencipta sejarah di dalam komuniti PUBG Mobile Malaysia.

5. FaZe Clan

FaZe Clan juga salah satu pencabar liga yang perlu diambil perhatian. Walaupun mereka kini berada di kedudukan ke-6 dalam keseluruhan Super Weekend, FaZe Clan mempunyai potensi yang besar. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Perbezaan mata pasukan ini dengan pasukan Axis RedOne yang berada di atas mereka adalah sebanyak 16. Secara kasarnya, dengan 1 Chicken Dinner, FaZe Clan mampu memecut kedudukan Axis RedOne. 

Selain daripada The Infinity, FaZe Clan juga merupakan pasukan gergasi Thailand yang kekal konsisten dengan pencapaiannya mereka.

5. Bigetron Red Aliens

Pasukan kegemaran Indonesia yang dijangka bakal mengegarkan SEA Championship S4, Bigetron Red Aliens antara pasukan yang mampu untuk membuat comeback di saat-saat akhir. 

Sumber: Bigetron Esports

Performa yang diberikan oleh mereka di Weekday dan Super Weekend masih belum cukup untuk membuat komuniti PUBG Mobile Indonesia kagum. Tetapi mengenali BTR, pasukan ini selalu didatangi dengan kejutan. 

Belum pernah lagi melepaskan slot ke SEA, kini BTR mahu mencari slot mereka untuk ke PMGC. Pasukan ini tewas untuk kekalkan kemaraan mereka ke PMGC di mana slot itu sudah pun dirampas oleh pasukan GD GIDS.

Pasukan manakah yang bakal menjadi juara liga SEA Championship S4 dan mendapatkan slot di PMGC 2021 nanti?

Mungkin untuk mendapatkan slot ke PMGC dari liga kelihatan sedikit terhad, pasukan-pasukan lain masih boleh merebut slot itu di Grand Finals PMPL SEA Championship S4 nanti. 

Namun, ianya pasti berkali-kali ganda lebih mencabar kerana selain mendapatkan slot ke PMGC, pasukan yang di kedudukan pertama juga bakal dinobatkan sebagai juara SEA Championship S4. 

Walaupun ada beberapa pasukan yang telah pun mendapatkan slot PMGC, mereka pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk merebut kejuaraan SEA S4 sekali gus menjadi pasukan PUBG Mobile terbaik Asia Tenggara.

Juara SEA Championship S4 + Slot ke PMGC 2021 = BONUS!

Siaran langsung Minggu Terakhir Liga PMPL SEA S4 boleh ditonton di laman rasmi Facebook dan Youtube PUBG Mobile:

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *