MEMUAT

Taip untuk mencari

‘Strategi Jangs bukan satu pemain melawan satu skuad’ — Zuxxy

atq_hyprgame
Kongsi

Nama yang tidak asing lagi diperkatakan di dalam komuniti PUBG Mobile di Asia Tenggara iaitu Bigetron Red Aliens (BTR). Pasukan ini menjadi antara pencabar utama pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain.

Seperti yang kita tahu, BTR merupakan salah satu pasukan yang mewakili Indonesia di SEA S4 League bersama-sama dengan pasukan Indonesia yang lain — GD GIDS, EVOS Reborn, RRQ & NFT

Sepanjang 2 minggu SEA S4 League berlangsung, pasukan BTR berada di kedudukan yang baik. Namun, untuk mengatakan bahawa mereka memberikan performa yang baik setiap minggu, mungkin tidak. 

Di Minggu Pertama Super Weekend, BTR menamatkan kedudukan di tempat ke-6 dengan 125 mata. Mereka berjaya mendapatkan 2 Chicken Dinner sepanjang 15 pusingan dimainkan. 

Mengenali pasukan gergasi Indonesia ini, mereka boleh memberi lebih lagi. Rata-rata dari peminat BTR juga mengatakan bahawa prestasi BTR sedikit merudum. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia

Di Minggu Kedua Super Weekend pula, BTR menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan di mana pasukan itu menghabiskan Minggu Kedua Super Weekend di tempat ke-8 dengan 109 mata tanpa sebarang Chicken Dinner.

Sedikit mengejutkan untuk BTR tidak memperolehi sebarang Chicken Dinner. Namun mereka masih berada di dalam kelompok kedudukan yang baik.

Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia

Penurunan yang sedikit banyak dari Minggu Pertama dan Minggu Kedua. Secara keseluruhannya, selepas 30 pusingan dimainkan di Super Weekend, BTR kini di kedudukan ke-7 dengan 234 mata berbekalkan 2 Chicken Dinner

Sukar untuk melihat BTR konsisten di dalam permainan. Namun, masih berbaki 10 pusingan Weekday dan 15 pusingan di Super Weekend.  

Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia

Terbaru, salah seorang pemain pasukan BTR iaitu BTR Zuxxy ada menjelaskan pendapat beliau di Nimo TV miliknya tentang strategi yang dibuat oleh Jangs. 

Ini apa yang telah disimpulkan oleh laman rasmi Instagram RevivaLTV — Esports Indonesia:

Sumber: RevivaLTV — Esports Indonesia

Walau bagaimanapun, Jangs selaku jurulatih pasukan BTR lebih mengetahui apa yang terbaik buat pasukan beliau. Teruskan memberi sokongan buat pasukan BTR supaya mereka lebih bersemangat di Minggu Terakhir Super Weekend ini. 

Di Minggu Terakhir Super Weekend yang bakal berlangsung pada 29 Oktober sehingga 31 Oktober ini, dapatkah BTR memecut di kedudukan pertama liga untuk mendapatkan slot ke PMGC?

1 slot akan diberikan kepada pendahulu liga SEA S4 League. Manakala 3 lagi slot akan diberikan kepada tiga pasukan teratas di Grand Finals SEA Championship S4.

Siaran langsung PMPL SEA S4 League boleh ditonton di laman rasmi Facebook dan Youtube PUBG Mobile:

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya