MEMUAT

Taip untuk mencari

FFAC 2021: Pasukan, format, jadual & informasi lain yang perlu tahu!

atq_hyprgame
Kongsi

Free Fire Asian Championship (FFAC) 2021 akan mula membuka arena mereka pada bulan November ini. Pihak Garena juga telah pun mengumumkan beberapa informasi terkini tentang FFAC 2021. 

Kejohanan FFAC 2021 akan melibatkan dua peringkat iaitu Play-Ins dan Peringkat Akhir (Finals). 

Play-Ins akan bermula pada 20 November sehingga 21 November. Manakala, Peringkat Akhir akan bermula pada 28 November.

FFAC 2021 akan melibatkan sebanyak 31 pasukan di 7 wilayah Asia di mana pasukan ini akan dibahagikan kepada kumpulan mengikut performa mereka ketika di kejohanan kelayakan dan serantau di wilayah masing-masing. 

Sumber: Garena Free Fire

Pasukan yang telah pun menjuarai kejohanan kelayakan dan serantau di wilayah masing-masing akan terus melayakkan diri ke pentas akhir FFAC 2021. Manakala, pasukan lain akan diberi peluang untuk berentap di peringkat Play-Ins untuk mendapatkan tempat di Peringkat Akhir. 

Pasukan yang mendapatkan tempat dua teratas di dalam Kumpulan A dan Kumpulan B di peringkat Play-Ins bersama-sama dengan pasukan rekod terbaik di Play-Ins (Play-Ins Best Record) akan mendapatkan slot mereka di Peringkat Akhir. 

Apakah proses yang harus dilalui oleh setiap pasukan untuk memasuki Free Fire Asian Championship (FFAC) 2021? 

Kualifikasi yang ditentukan oleh pihak penganjur bagi setiap pasukan adalah Berdasarkan performa mereka di kejohanan kelayakan dan serantau di wilayah masing-masing. 

  • 4 pasukan teratas — Free Fire India Championship 2021: Fall Split
  • 4 pasukan teratas — MCP (Malaysia, Cambodia dan Philippines)
  • 4 pasukan teratas — Free Fire Pro League Pakistan Season 2
  • 4 pasukan teratas — Free Fire Summer Cup 2021 Taiwan
  • 4 pasukan teratas — Free Fire Pro League Thailand Season 5
  • 5 pasukan teratas — Free Fire Indonesia Masters 2021 Fall 
  • 5 pasukan teratas — Vietnam Free Fire League Series A 2021 Winter

Berikut merupakan format Free Fire Asian Championship (FFAC) 2021:

Sumber: Garena Free Fire
Sumber: Garena Free Fire

Terdapat 3 pasukan Malaysia yang berjaya melayakkan diri di Free Fire Asian Championship (FFAC) 2021. Mereka adalah pasukan Do Easy, 4X Men Xpert dan Blacklist International. 

Pasukan Do Easy dan 4X Men Xpert akan berentap di dalam Play-Ins Kumpulan B. Manakala, Blacklist International telah pun mendapatkan slot Peringkat Akhir Free Fire Asian Championship (FFAC) 2021. 

Pasukan-pasukan Play-Ins Kumpulan A dan Kumpulan B

Pasukan & KumpulanNegara
Kumpulan A
1. Desi Gamers
2. Five Mutants
3. No Chance
4. King of Gamers Club
5. SYZYGY Raiders
6. SAF Deathwish
7. Epic
8. 台灣總冠軍
9. DG Esports
10. SES Alfaink
11. HQ Esports
12. God of Wolf

India
Pakistan
Pakistan
Thailand
Thailand
MCP
Chinese Taipei
Chinese Taipei
Indonesia
Indonesia
Vietnam
Vietnam
Kumpulan B
1. PVS Gaming
2. Total Gaming Esports
3. House of Blood
4. Heavy
5. Box Gaming
6. Siren GPX
7. The Pillars Rapiers
8.Evos Reborn
9. CGGG
10. Do Easy
11. 4X Men Xpert
12. 回遊仔也想打比賽 (Chinese Taipei)

India
India
Pakistan
Vietnam
Vietnam
Indonesia
Indonesia
Thailand
Thailand
MCP — Malaysia
MCP — Malaysia
Chinese Taipei

Pasukan-pasukan di Peringkat Akhir Free Fire Asian Championship (FFAC) 2021 

PasukanNegara
1. Team EliteIndia
2. Hotshot Esports Pakistan
3. Evos Divine Indonesia
4. e-Arena Thailand
5. LGDS Chinese Taipei
6. Burst the SkyVietnam
7. Blacklist International MCP — Malaysia
8. Top 1 Group ATBD
9. Top 2 Group A TBD
10. Top 1 Group BTBD
11. Top 2 Group B TBD
12. Play-ins Best Record TeamTBD

Free Fire Asian Championship (FFAC) 2021 merupakan kejohanan yang dianjurkan bagi mengganti kejohanan Free Fire World Series yang telah dibatalkan atas sebab keselamatan pemain pada musim pandemik.

Kejohanan ini akan melibatkan sebanyak 31 pasukan berentap untuk mendapatkan gelaran juara FFAC 2021. 24 pasukan akan melalui peringkat Play-Ins. Manakala, 7 pasukan lagi sudah pun mengunci slot mereka di Peringkat Akhir.

FFAC 2021 menawarkan kumpulan hadiah sebanyak $400,000 USD. Kejohanan ini akan berlangsung sepenuhnya secara online.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *