MEMUAT

Taip untuk mencari

Berpisah dari Belletron Ace, Poteto ke Geek Fam Ladies?

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, Belletron Ace telah mengumumkan bahawa pemain mereka, BTR Poteto rasmi berpisah dari pasukan itu semalam. 

Poteto sudah menyumbangkan tenaga beliau di dalam Belletron Ace lebih dari satu tahun. Poteto juga pernah bersama-sama Belletron Ace ketika pasukan itu berjaya menjuarai PUBG Mobile Pro League 2020 Season 2 Indonesia Ladies dan PUBG Mobile Pro League 2021 Season 3: Sea Ladies. 

Sumber: Belletron Esports

Pengumuman perpisahan Poteto sememangnya satu berita yang tidak terlalu mengejut atau secara tiba-tiba kerana Belletron Ace baru baru ini ada mengambil 2 pemain baru iaitu Mute dan Jessie

Namun, rata-rata peminat Belletron Ace dan Poteto sendiri, mereka berasa sedikit kecewa dengan pengumuman tersebut kerana Poteto dianggap “aimstar” di dalam Belletron.

Beliau juga pernah menaikkan nama pasukan itu dengan menjuarai beberapa pertandingan rasmi PUBG Mobile.

Di Facebook milik Belletron Esports, Belletron Esports ada memuat naik satu posting mengatakan bahawa: 

“Terima kasih untuk dedikasimu, BTR Poteto.”

“Setelah berjuang bersama Bigetron ACE selama lebih satu tahun, kini tiba saatnya harus berpisah.”

“Perjalanan masih panjang, terima kasih atas dedikasi dan hal baik ya! Semoga sukses selalu.”

Selepas pengumuman ini dibuat, kebanyakan rakyat Malaysia yang mengenali Poteto di Belletron Ace ada mengatakan bahawa Poteto akan menyertai Geek Fam Ladies. 

Sumber: Geek Fam Girls

Namun, khabar angin ini masih belum rasmi kerana pihak Geek Fam Ladies serta Poteto sendiri tidak memberi sebarang hint

Kalau betul Poteto akan sertai Geek Fam Ladies, sememangnya Geek Fam Ladies akan memiliki sinar yang baru dengan adanya bakat seperti Poteto. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *