MEMUAT

Taip untuk mencari

Kembar Belletron ACE & FOES FIERCE berentap di PMPL Ladies S4

atq_hyprgame
Kongsi

Terbaru, PUBG Mobile Indonesia Pro League — Ladies Tournament merupakan PMPL Ladies S4 yang diadakan di Indoneia. PMPL Ladies S4 telah bermula di mana sebanyak 16 pasukan akan berentap untuk mengunci kedudukan mereka dia SEA. 

16 pasukan tersebut adalah: 

Alter Ego Dione, Belletron Ace, Rubic Ice, Onic Glory, Victim Reaper, BONAFIDE Artemis, Dewa United, Freakout Fierce, Grimz 21, Skylightz Gaming Zone, MISTERDOY VANIGA, Myron Orion, GPX Wonder, 88 Esports, UNFAEDAH BLACKSWAN dan Capital 9 Axe. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia

Sejujurnya, pemain PUBG Mobile wanita sangat berbakat dan sekarang terdapat lebih banyak organisasi e-sukan yang membina pasukan wanita untuk PUBG Mobile.

Mungkin di masa akan datang, akan ada pasukan wanita Malaysia yang akan bertanding di PMPL MY/SG bagi PMPL Ladies pula.

Di PMPL Ladies S4 juga terdapat 2 pasukan yang mempunyai pemain kembar iaitu pasukan dari Belletron Ace dan FOES Fierce (Freakout Fierce). 

Seperti yang sedia maklum, Mute dan Babyla merupakan kembar yang popular di dalam PUBG Mobile sama seperti pasukan BTR iaitu Zuxxy dan Luxxy. Kembar ini banyak memcipta nama di arena PUBG Mobile. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia

Kini, dengan kehadiran kembar di dalam pasukan FOES Fierce, Belletron Ace mempunyai pencabar baru di mana kedua-dua pasukan ini akan berentap di PMPL Ladies S4.

Kembar FOES Gumdrop dan FOES HoneyB merupakan pemain baru bagi organisasi e-sukan FOES Fierce bagi roster PMPL Ladies S4.

Kembar mana yang bakal mencipta fenomena di PMPL Ladies S4 nanti?

16 pasukan yang berentap di PMPL Ladies S4 ini akan merebut tiket ke SEA yang akan diadakan pada Super Weekend 2 PMPL ID S4!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *