MEMUAT

Taip untuk mencari

4 pasukan ladies mewakili Indonesia ke PMPL Ladies SEA Final

atq_hyprgame
Kongsi

Rasmi, 4 pasukan ladies akan mewakili Indonesia ke PMPL Ladies SEA Final. Selain dari PMPL Indonesia S4, PUBG Mobile di Indonesia juga mengadakan PMPL ID S4 Ladies Battle khususnya untuk pasukan ladies sahaja. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Indonesia

Pasukan ladies yang telah menjadi juara bagi PMPL ID S4 Ladies Battle adalah 88 Esports dengan mengumpul mata sebanyak 89 mata. Perbezaan hanya 7 mata, Alter Ego Dione berjaya merangkul tempat kedua. 

Manakala Belletron Ace (71 mata) & Capital 9 AXE (64 mata) sama-sama menduduki tempat ketiga dan keempat. 

4 pasukan ladies ini berjaya mewakili Indonesia di PMPL SEA Ladies Final.

Sumber: Delapandelapanesports
Sumber: Alter Ego e-Sports
Sumber: Belletron Esports
Sumber: Capital9

Pasukan ladies dari Indonesia sememangnya satu pasukan PUBG Mobile yang boleh dikatakan sedang meningkat naik. 

Gameplay yang ditunjukkan oleh mereka sangat berkualiti. Jadi, PMPL Ladies merupakan satu championship yang dapat membantu pasukan-pasukan ladies menunjukkan aksi mereka. 

Bakat yang dimiliki oleh pasukan-pasukan ladies bukanlah satu bakat yang harus disia-siakan kerana mereka juga memiliki identiti dari segi cara permainan. 

Namun, sekarang, gameplay yang ditunjukkan oleh pasukan ladies semakin agresif. Tidak dapat dinafikan ruang untuk pasukan ladies mara ke PMPL secara umum bukanlah sesuatu yang mudah.

Jadi, championship yang hanya fokus terhadap “ladies” merupakan satu kelebihan dan peluang buat mereka. 

Tahniah kepada 88 Esports, Alter Ego Dione, Belletron Ace dan Capital 9 AXE kerana berjaya mara ke SEA Final. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya