MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Team Haq Kini Mencari Assistant Coach Dan Analyst

ai hyprgame
Kongsi
Team Haq Kini Mencari Assistant Coach Dan Analyst
Kredit : Team Haq

Terkini wakil Malaysia pertama ke M4 World Championship yang lalu iaitu Team Haq telah memuatnaik satu pengumuman untuk mencari pembantu jurulatih yang juga merangkap sebagai analyst bagi MPL MY S11 nanti.

Seperti yang semua sedih maklum, MPL MY S11 akan membuka tirainya tidak lama dan sudah banyak pasukan yang memulakan percaturan mereka bersiap siagam menghadapi tournament utama itu.

Jika anda mempunyai bakat sebagai Analyst dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan permainan peranti mudah alih Mobile Legends Bang Bang MLBB, Inilah peluang untuk anda meneroka peluang baharu bersama Team Haq didalam dunia MLBB ini.

Pengalaman yang luas didalam scene kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB, disiplin dan komunikasi yang baik amatlah penting demi pembangunan pasukan.

Harus diingatkan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Januari 2023, Bagi yang berminat bolehlah klik borang permohonan (Google Form) di pautan muatnaik hantaran Team Haq ini di media sosial mereka.

Mungkin ini menjadi langkah pertama anda yang meminat dunia esukan kompetetif MLBB untuk memperluaskan pengalaman dan pencapaian.

Team Haq merupakan pasukan esukan Malaysia yang dibarisi oleh Garyy (Jungler), Mann (Middle), Syamskyyy (Middle), Panda (Gold Lane), Minn (Roamer) dan Lolla (Flex).

Untuk pengetahuan anda, Hampir kesemua ahli pasukan Team Haq yang sekarang merupakan bekas pasukan Orange Esports yang terdahulu.

Dengan diketuai oleh Pabz sebagai Coach, Team Haq membuat debut pertama mereka di MPL MY S10 sekaligus menjuarai acara tersebut. Hasil kemenangan itu, Divisi ini berjaya melayakan diri ke M4 World Championship yang lalu. Walaubagaimanapun mereka harus akur dan pulang awal setelah dikalahkan oleh pasukan Turkey Incendio Supremacy sebanyak 1:2.

Kekalahan ini merupakan hak yang sangat mengecewakan didalam dunia esukan MLBB. Oleh yang demikian, Team Haq mula bangkit dan mengatur strategi baharu bagi perlawanan MPL MY S11 pula.

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *