MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Divisi MAB Dibuka Semula Bersama Rain Dan Sunfrost

ai hyprgame
Kongsi
Divisi MAB Dibuka Semula Bersama Rain Dan Sunfrost
Kredit : Arked MY

Terkini MAB Esports telah mengumumkan pembukaan semula divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB setelah berehat hampir setengah tahun tidak beraksi di Land of Dawn.

Kenyataan ini telah diumumkan sendiri oleh Abg Lord yang merupakan pemilik MAB Esports menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Divisi ini akan kembali ke MPL MY Musim Ke-12 dan akan memberi saingan kepada pasukan-pasukan MLBB sedia ada di perlawanan utama nanti.

Lebih menarik lagi MAB Esports telah menyerap dua orang baharu yang akan menjadi sebahagian daripada MAB Esports iaitu Aiman dan Sunfrost.

Aiman merupakan bekas jurulatih Team Lunatix yang terdahulu, Manakala Sunfrost merupakan Pengulas (Caster) dan Bekas Penganalisa Team Lemah (Team Lunatix yang terdahulu). Tugas kedua-dua mereka amatlah berat kerana perlu membentuk pasukan terbaik sebelum liga MPL MY S12 bermula nanti.

Jadi desas-desus yang mengatakan mereka akan beraksi kembali di MPL MY S11 adalah tidak tepat kerana menurut abang Lord masih belum ada sebarang kerjasama di antara Orange Esports dan pasukan lain.

Tambahan lagi, Untuk menyediakan pasukan didalam masa sesingkat ini adalah tidak mencukupi dan memerlukan masa supaya dapat melahirkan pasukan yang berpotensi pergi lebih jauh.

MAB Esports dikatakan mahu lebih fokus di MPL MY S12 dan M5 World Series Championship, Oleh sebab itu divisi ini sedang didalam proses pencarian pemain-pemain yang berbakat bagi menjadi lineup mereka kelak.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *