MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Zico Burn X Flash Positif C19

ai hyprgame
Kongsi
Zico Burn X Flash Positif C19
Kredit : One Esports

Ketika komuniti esukan sibuk membuat persiapan untuk meraikan Mobile Legends World Championship M4 2023, Ada juga khabar yang tidak berapa baik dihadapi divisi MLBB iaitu pasukan Burn X Flash ketika M4 hampir tiba.

Kredit : Zico

Rupa-rupanya jurulatih Burn X Flash iaitu John Michael Dizon atau juga dikenali sebagai Zico didalam dunia esukan kompetetif MLBB telah disahkan positif Covid-19 sehari sebelum M4 bermula.

Zico sendiri telah memuatnaik pengumuman mengenai kondisinya sekarang yang tidak boleh turut serta menemani rakan sepasukannya di Jakarta, Indonesia

Menurut Zico dia perlu menjalani kuarantin selama 5 hari dan tidak dapat menghadirkan diri ke acara tersebut yang telah membuka tirainya sejak 1 Januari 2023 bagi peringkat kumpulan

“I will bounce back stronger and I hope you support the team a little more this time as we need your strength to get us through,” he said.

” Saya akan bangkit kuat semula dan mengharapkan anda untuk menyokong pasukan ini dengan lebih lagi, Kami memerlukan kekuatan anda untuk melalui semua ini.” Jelas Zico

Bekas jurulatih Nexplay EVOS ini juga masih boleh meneruskan kewajipannya sebagai jurulatih menerusi bilik hotelnya

Ini kerana organisasi masih membenarkan dirinya untuk melakukan draft dan memberi bimbingan (Coaching) secara didalam talian kepada Roster Burn X Flash ini.

Zico menekankan yang dia akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukannya semampu mungkin

Di M4 pasukan ini nanti akan menghadapi juara MPL PH Blacklist International, Incendio Supremacy daripada Turki, Dan pasukan Myanmar iaitu Falcon Esports.

Top 2 pasukan daripada setiap empat kumpulan akan mendapatkan skot mereka di Upper Bracket didalam Knockout Stage. Manakala pasukan yang kalah akan ke Lower Bracket dan tidak ada pasukan yang akan tersingkir ketika di peringkat ini

Burn X Flash akan membuka langkah mereka berlawan dengan Falcon Esports hari ini

Kejohanan dunia M4 akan berlangsung sehingga 4 Januari bagi peringkat kumpulan dan 7 Januari sehingga 15 Januari 2022 bagi Knockout Stage.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *