MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Debut Pertama Team Haq Di M4 Kurang Baik

ai hyprgame
Kongsi
Debut Pertama Team Haq Di M4 Kurang Baik
Kredit : Abang MLBB

Semalam 2 Januari 2023 merupakan hari kedua M4 World Championship yang menyaksikan perlawanan pertama bagi kumpulan D, Wakil Malaysia Team Haq beradu tenaga menentang satu-satu wakil Brazil iaitu Team RRQ Akira.

Kredit : RRQ

Walaubagaimanapun permulaan Team Haq di M4 kali ini mengecewakan kerana telah ditumpaskan oleh RRQ Akira yang mengganas di perlawanan semalam

Juara MPL MY S10 ini pada awalnya menunjukkan kombo Minn dan Mann untuk menjejaskan permainan pihak lawan sehingga jelas kelihatan mereka begitu berhati-hati di Land of Dawn

Kredit : Why

Tetapi Team Haq tidak menyedari yang bila-bila masa sahaja RRQ Akira akan menyerang hendap menantikan kesilapan daripada wakil Malaysia ini. Akhirnya wakil Brazil ini berjaya meruntuhkan menara tengah pasukan lawan.

Kredit : Xorn Official

Untuk pengetahuan anda, Kekuatan RRQ Akira masih belum ditumpaskan daripada mana-mana pasukan bermula awal musim sehinggalah masa kini. Malahan mereka sekali lagi mendominasi menuju ke Upper Bracket pula.

RRQ Akira sememangnya pintar dan bijak ketika menciptakan draft mereka sehingga mampu menewaskan Team Haq dengan skor 0-1. Manakala Team Haq pula mungkin terlalu selesa dengan kedudukan mereka sekarang sehingga terlalu yakin mampu menewaskan pasukan lawan.

Hasil keputusan perlawanan semalam telah menyebabkan Team Haq akur dengan kekalahan kepada juara MPL Brazil, RRQ Akira

Semoga Team Haq dapat memperbaiki War Position yang sememangnya nampak berterabur ketika perlawanan semalam supaya menjadi lebih baik. Adakah wakil Malaysia ini mampu bangkit semula untuk mendapatkan slot ke Upper Bracket?

Selain pertarungan antara Team Haq vs RRQ Akira, Perlawanan antara Naib Juara MPL ID S10 RRQ Hoshi vs Pasukan Echo wakil Filipina turut mengejutkan lagi pasukan Tuan Rumah yang akhirnya tumpas dengan skor 1-0 ditangan mereka. Ini menjadikan kekalahan yang kedua buat pasukan Indonesia setelah Todak melanggar Onic ID di hari pertama M4.

Kedua-dua pasukan nampaknya telah memberikan aksi yang sengit sepanjang perlawanan semalam. Walaubagaimanapun nasib menyebelahi Echo Esports di atas konsistensi dan kesungguhan mereka menentang musuh.

Mampukah RRQ Hoshi untuk bangkit semula untuk berada di Upper Bracket peringkat playoff nanti? Kita tunggu dan lihat nanti. GG dan Good Luck!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *