MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Alden Richards Kini Punya Myriad Esports

ai hyprgame
Kongsi
Alden Richards Kini Punya Myriad Esports
Kredit : Esquire PH

Selebriti terkenal Filipina iaitu Alden Richards kini mengumumkan akan bergiat aktif didalam esukan divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Kredit : Alden Richards

Alden dengan terujanya telah melancarkan pasukan Mobile Legends Bang Bang MLBB dengan nama Myriad Esports Pro Team

Pengumuman itu telah dibuat menerusi Dark League Studios King’s League Grand Finals pada Selasa lalu 27 Disember 2022 ketika di jemput sebagai tetamu acara tersebut.

Kredit : Myriad Esports

Menerusi kenyataan Alden, Myriad Esports Cup juga akan diadakan sekitar akhir Januari 2023 dan meminta sokongan daripada semua komuniti esukan tidak kira pemain MLBB amatur atau tidak mendapatkan peluang menimba pengalaman didalam tournament ini nanti.

Perasmian acara ini telah dilancarkan pada November lalu menerusi Instagram peribadai Alden sendiri. Malahan tournament ini juga menawarkan P500,000 sebagai Prize Pool dan walaupun Myriad Esport ditubuhkan bermula pada Ogos 2022, hadiah wang tunainya sangat besar.

Awalnya Myriad Esports merupakan syarikat pembuat video permainan (Gaming video creator) yang aktif didalam penstriman langsung divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB. Laman Facebook mereka telah memulakan penstriman langsung sejak Ogos 2022 yang lalu.

Walaupun usia pasukan ini belum lagi sampai setahun, Anda boleh menonton video penstriman Myriad Esports di laman Facebook mereka yang sudah diikuti atau ditonton oleh ramai peminat khususnya dunia esukan.

Malahan Alden juga memperkenalkan Roster Myriad Esports adalah antara Roster yang dia akan sokong bermula tahun hadapan dimana penyertaan Alden Richard didalam dunia esukan sudah tentu akan memperlihatkan sesuatu menarik di scene profesional Mobile Legends Bang Bang MLBB kelak.

Ini kerana peminat di Filipina khususnya sudah tahu Alden akan meletakkan standard yang terbaik di bahagian pengurusan kem latihan dan menjaga kebajikan pemain-pemainnya

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *