MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Dota 2 Punyai Kekuatan Walaupun Selepas 20 Tahun

ai hyprgame
Kongsi
Dota 2 Punyai Kekuatan Walaupun Selepas 20 Tahun
Kredit : Valve

Versi pertama permainan maya Dota 2 telah dikeluarkan sejak 20 tahun yang lalu pada 27 Disember daripada Kyle Sommer (Eul) dan kini tarikh yang sama pada 27 Disember 2022 yang lalu menjadi sejarah buat permainan ini.

Kredit : Dot esports

Pada mulanya Dota 2 hanya dimainkan oleh ramai pemain dengan menggunakan game mode dan ketika itu ianya menjadi fenomena buat peminat permainan maya di masa itu. Teatapi setelah dua dekad berlalu, Dota 2 telah mengalami pembangunan yang baik dengan menjadi fully-fledged game sehingga mampu membina acara kejohanan seperti The International.

Ini menjadikan permainan ini berjaya diangkat ke acara berprestij yang disertai oleh ramai pasukan dan pemain seluruh dunia. Malahan Dota 2 juga terlibat didalam pelbagai kejohanan esukan yang diadakan sepanjang kewujudannya.

Walaupun Dota 2 juga mengalami masalah seperti Fare Share kerana meneruskan tradisi dengan bantuan IceFrog yang merupakan ketua kepada pembangunan permainan ini. Permainan ini tetap gagah dan masih relevan sehingga ke hari ini.

Bermula dengan pelbagai kekurangan seperti stale meta untuk berinteraksi kepada pemain, had masa untuk mengeluarkan pemain pada setipa bulan, pengiklanan dan lain-lain lagi, Dota 2 tetap terus hidup untuk memberikan pengalaman kepada pemain-pemainnya.

Tahun ini merupakan ulang tahun Ke-20 Dota 2 dan permainan ini terus-menerus maju dengan penyertai The International TI11 sertai organisasi baharu yang turut menyokong scene kompetetif ini. Dilihat dengan prize pool yang berkurangan pada tahun ini mungkin menjadikan ramai pemain menghadapi masalah kewangan. Tetapi isu ini sedikit pun tidak membuatkan permainan ini ditinggalkan kerana semakin ramai pula pemain atau organisasi yang sudah mulai menceburkan diri didalam dunia esukan kompetetif ini.

Dengan wajah baharu, Komuniti Dota 2 kini dapat menikmati pelbagai siri animasi berlatarbelakangkan Netflix, Dota : Dragon Blood dan juga penyertaan streamer popular Grubby. Inilah yang menjadikan tahun ini tahun terbaik buat kedua-dua komuniti dan juga Dota 2.

Semangat pembangun dan sokongan peminat telah membantu Dota 2 terus bangkit walaupun banyak cabaran ditempuhi yang akhirnya membawa kepada hasil kejayaan selepas dua dekad.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya