MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

ELX Dan Aryaa Ke MPL MY S11

ai hyprgame
Kongsi
ELX Dan Aryaa Ke MPL MY S11

Mobile Professional League (Qualifier) MPL MY musim Ke-11 telah pun menutup tirainya dengan kemenangan Arya Gaming dan ELX Esports menentang lawan masing-masing semalam.

El Loco Xtreme (ELX Esports), merupakan pasukan pertama yang telah menempah slot ke MPL MY S11 setelah menewaskan Tupai Esports. ELX Esports pula berjaya menewaskan Tupai Esports di Match 2 Best Of 3 dengan skor 2-0.

Pasukan Arya Gaming yang merupakan Roster pasukan Freakout Esports sebelum ini akhirnya berjaya menewaskan K-Force Esports dengan skor (K-Force Esports) 1 : 2 (Aryaa Gaming) ketika Match 2 Best of 3 MPL MY Qualifier 2022. Mereka menjadi pasukan baharu yang kedua berjaya melayakkan diri ke regular season MPL MY S11 selepas ELX Esports.

Untuk pengetahuan anda, ELX Esports baru-baru ini telah pun menyertai MSPC musim Ke-2 dan menjuarai acara tersebut. Malahan pasukan yang mereka tewaskan juga adalah pasukan kedua yang layak ke MPL MY S11 iaitu Freakout MY dengan skor 3-2 ketika itu. Mereka juga pernah menjuarai MSPC pada musim yang lalu sekaligus menjadi pasukan yang layak digelarkan sebagai Back To Back Champion.

Jadi tidak hairanlah jika kedua-dua divisi ini mempunyai aura yang tersendiri sehingga terusk konsisten dengan prestasi masing-masing ketika di babak MPL MY Qualifier yang telah tamat pada 18 Disember 2022.

Tambahan lagi ada juga peminat mereka yang mengatakan ELX ini mampu memberikan saingan sengit kerana pernah mengalahkan pasukan senior iaitu RSG MY pada perlawanan sebelum ini.

Seramai 523 pasukan telah menghantar penyertai sekaligus bersaing untuk memasuki ke babak MPL MY Qualifier ini, Kemudian 16 yang terbaik yang memasuki Qualifier ini akhirnya membawa Top 2 ELX Esports dan Aryaa Gaming ke MPL MY S11.

Acara ini telah berlangsung secara dalam talian selama 3 hari bermula 16 Disember sehingga 18 Disember 2022. Adakah kedua-dua wajah baharu di MPL MY ini akan membawa perubahan buat musim akan datang? Kita tunggu dan lihat nanti! Teruskan sokongan kalian buat peserta di MPL MY S11 okay!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *