MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Farewell Buat Pemain HomeBois Beng Dan Zacus

ai hyprgame
Kongsi
Farewell Buat Pemain HomeBois Beng Dan Zacus

Semalam organisasi esukan tempatan iaitu HomeBois Mobile Legends Bang Bang MLBB telah mengumumkan Beng dan Zacus tidak lagi bersama divisi ini.

Ahmad Zaki Bin Ibrahim atau juga dikenali sebagai Zacus merupakan pemain esukan Malaysia Mobile Legends Bang Bang dibawah pasukan HomeBois. Sebelum menyertai HomeBois, Zacus sempat berkhidmat bersama pasukan Reborn dan RSG Malaysia

Memegang peranan sebagai Roamer, Zacus telah berpengalaman sepanjang penglibatannya didalam arena esukan kompetetif ini termasuklah pernah menjuarai MPL MY S7 bersama pasukan RSG Malaysia, Malaysian Esports Selection 2022 dan lain-lain lagi perlawanan

Zacus telah menyertai HomeBois sejak pertengahan musim, Manakala Beng pula pernah membawa divisi ini ke peringkat Upper Bracket Playoff di MPl MY S10 yang telah pun menutup tirainya baru-baru ini.

Walaubagaimanapun konsistensi mereka sehingga ke Upper Bracket Playoff MPL MY S10 itu tidak dapat dipertahankan setelah tewas ketika di Playoff dan hanya mampu meletakkan kedudukan mereka di Top 5/6 MPL MY musim Ke-10 itu

Duo ini telah memberikan yang terbaik, berjuang bersama HomeBois sehingga sudah sampai ke tahap yang sekarang. Penghargaan tetap diiringi perpisahan mereka daripada divisi HomeBois Mobile Legends Bang Bang MLBB ini. Semoga ini menjadi peluang dan permulaan baharu bagi kedua-dua pemain ini untuk masa depan mereka.

Siapakah agaknya yang akan menjadi lineup atau roster baharu bagi HomeBois buat musim baharu 2023 nanti? Setakat ini belum lagi ada sebarang pengumuman rasmi tentang pengganti yang akan mengisi posisi Beng dan Zacus.

HomeBois merupakan pasukan Malaysia yang diperkenalkan oleh Nureddy Nursal atau juga dikenali sebagai DaddyHood didalam arena esukan kompetetif

Pasukan ini juga merupakan sebahagian daripada Team Bosskurr yang juga berasal daripada pasukan produksi (Production Team).Selain Mobile Legends Bang Bang MLBB, Organisasi ini juga aktif didalam divisi PUBG Mobile

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *